Tahniah kepada budak FPI yang betoi2 FPI. Yang FPI yang x mencerminkan FPI tu. belum sampai ke masa lagi untuk menzahirkan ape yang dipelajari? tak takut ke tingkhlaku anda membawa fitnah kepada agama??
Atas ni la status yang aku buat dekat Facebook tadi. Memang mendapat komen yang macam2 dari sahabat2 aku.hehe.PANAS2!! hehe. Aku buat status ni bukannye bermaksud untuk menyalahkan golongan ini semata2. Tapi sekadar peringatan kepada golongan2 ini je. Bukannye aku ni hebat mana pun. Ilmu golongan ni lagi hebat dari aku. Cuma tak salahkan kalau nak ingat mengingatkan??hehe
“Satu kelemahan yang sangat nampak kepada mereka yg sedang mempelajari ilmu agama adalah hanya mempelajari sekadar kulit2nya sahaja, tidak terus kepada isi dan intipatinya. Membahas hanya di permukaan shj, tidak terus masuk ke dasarnya untuk mengutip intan permata yg tersembunyi disana”
Tersangat indah andai permata2 dan intipati yang golongan ni dapat nanti dapat dikongsi dengan kami yang tidak mahir di bidang itu. Dan AWAS untuk golongan2 ni jangan sampai intipati takde kulit yang cantik pun semakin lama semakin dipandak buruk oleh masyarakat sekeliling anda. Teringat kata2 seorang teman yang beragama lain. “Dia tu FPI pun tak Nampak macam FPI” Adui..apa yang mampu aku katakana time tu. Terasa dan sedih dengan kata2 penganut AGAMA LAIN terhadap golongan ni. Satu fitnah kepada agama telah berlaku. Tahniah kepada golongan yang berjaya membawa fitnah kepada agama kita yang tercinta ni!!!!
Korang ingat korang fak lain boleh terlepas? Kalau budak fak lain buat semua kat atas ni molek la ye??!! Kepala hotak korang!! (aku!!),hehe. Semua kita kan islam. Tak ke islam mengajar kita untuk masuk kedalam islam ni secara menyeluruh? Ko ingat ko geologist duk tengok batu je ke? Tak fikir batu 2 yang menanti nanti?hehe.
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. ( Al – Baqarah : 208)
Satu peringatan n muhasabah bersama kepada kita yang fak lain ni. Jangan duk kecoh sangat cakap tentang budak FPI. Ingat gak yang kita ni sama2 islam. Sama2 dihantar ke dunia ni untuk beribadah kepadanya. Cuma mungkin kita menjurus kepada bidang lain tapi jangan lupa ilmu2 agama tu lebih penting. Tersangat banyak taman2 syurga (majlis ilmu) yang masih kekurangan pendengar yang ingin menuntut ilmu agama ni. Jangan hanya berlepas tangan kepada golongan ustaz n ustazah ni. Mereka juga seperti kita yang tak lepas dari melakukan kesilapan. Maka jangan dipersoal peranan mereka. Tetapi persoalkan dulu peranan dirimu wahai aku dan kamu!!
Kesimpulannya, Semua kita bertanggungjawab berakhlak dengan akhlak islamiyah tak pernah pulak aku dengar akhlak fakulti islamiyyah.hehe. tapi perlu ditegaskan kepada golongan BAKAL USTAZ dan USTAZAH yang bakal membawa AGAMA ISLAM nanti orang akan melihat sesuatu perkara itu adalah pada orang yang berada di bidang tu terlebih dahulu. Maka andai orang ingin melihat islam maka semestinya orang akan melihat golongan yang arif di bidang islam ni. Baru la tengok kami yang lagha2 ni..hehe
Tu je kut. Bukan ingin mempersalahkan tetapi hanya sekadar peringatan bersama je. Semoga aku ikhlas dalam memperingatkan dan aku sangat alu2kan peringatan dari korang2 semua. Mohon maaf kepada golongan bakal ustaz dan ustazah andai kata2 aku tersalah dan peringatan kepada AKU, KAMU,DIA dan MEREKA yang rasa diri tu muslim. Adakah akhlak kamu berakhlak islamiyyah??
Wallahualam..
25 comments:
peringatan buat ana,hua,hiya,huma,antum,antunna..
atas ingatan tulus ikhlas..moga kita sume dpt syafaat..
cahaya kematangan : tau la nak exam arab..fana' sgt ni..hehe
fazilah : tq2..semoga dpt manfaat..
huhu... zul cuba baca elok2... cahaya ketenangan la tu bukan cahaya ketenangan...
eh salah... bukan cahaya kematangan. huhu
betul. aku tak nafikan. haha
nymph : tau dah..sebab budaknye tak matang..pasal tu tukar..hehe
sylph : muhasabah bersama :-)
"Sesiapa yang menasihati saudaranya secara bersendirian, perbuatannya
itu adalah nasihat. Sementara sesiapa yang menasihati saudaranya
dihadapan manusia, sesungguhnya dia telah mencelanya............."...teguran secara umum dibenarkan...tp biar kena gaya bahasanya.ISLAM kan agma yg indah...
"sst kebenaran itu,jk kita salah cara dlm menyampaikannya, maka kebenaran itu akn dilihat sbg suatu yg salah, & barangkali blh m'dtgkan pergaduhan.."...
erm..zul bende ni aku dah perasan lama dah..huhu..sewaktu aku kat ukm lagi aku dah perasan dah bende ni..kadang2 jadi malu plak..cume siap aku..aku tak berani utk tegur..hanya bgtau kat certain org je ketidakpuashatian ini..at least kite ambil langkah dari mendiamkan diri terus kan..jadi sewaktu aku kat ukm lg aku dah buat kesimpulan mengambil subjek agama bukanlah penentu segalanya, tetapi orang yang berilmu dan beramal dgn ilmunya itulah yang yang boleh mencerminkan islam, tidak kira die itu dari bidang agama mahupun bidang lain, or die mempunyai sedikit ilmu agama, tetapi asalkan die beramal dgn ilmu yang sedikit itu pun cukup memadai utk mencerminkan islam dalam diri..erm..maaf sekiranya ada salah cakap..
anon : aku tak menyatakan individu. setelah berbincang dengan beberapa sahabat termasuk dari FPI sendiri ini adalah satu teguran umum terutama kepada SEGELINTIR pelajar FPI dan tak lupa juga sama banyaknye teguran untuk KEBANYAKAN pelajar lain.mohon maaf kalau ade kesilapan.semoga dapat muhasabah diri sebagai seorang muslim yang mukmin dan ingin menjadi muttaqin. (^_^)
saufi : muhasabah bersama. Semoga kite berakhalak islamiyyah. Tiada istilah akhlak fakulti islamiyyah :-)
teringat kat kak fpi yg sorg tuh.. tudung labuh wow.. tp..... ari tu nampak dia ngan sorg laki. berdua2an. kat foyer. jam 2 pagi... ehem2.. mmg la foyer tu tmpt tbuka, tp... jam dah pkul 2 pagi kak... org pon dah xde time tuh. kbetulan je sy lalu. agak2 r... ingat, syaitan duk kat tgah2 tuh. haha. nk kata bbncang hal plajarn, x rasanya coz xda nmpak buku pon. hu2...
so... akak2 n abg2 fpi smua. jadikn entry abg zul ini sbg stu pgajarn tuk smua. bkn bdak2 fpi jeh, tp smua yg mngaku dia tu Islam..
tq..semoga teguran ini mampu memperbetulkan diri penulis terutamanya..
serius x suke budak FPI yang talam dua muka.plastik! mencemarkan agama je
anon : sabar2..diorg manusia gak..ade nafsu..hehe..bersama la kita mengingati..
haha...betul3...tp bro zul, scra ilmiahnya klu dipndg melalui entry n comment kat sni mcm ade membawa fitnah kpd agama je...xgitu bila secara terbuka??suka ak memetik petikan comment di atas td..
"Sesiapa yang menasihati saudaranya secara bersendirian, perbuatannya
itu adalah nasihat. Sementara sesiapa yang menasihati saudaranya
dihadapan manusia, sesungguhnya dia telah mencelanya............."
skdr brtnye...:D
pd pndgan sy... rasanya zul xmmbawa fitnah kpd agama. lagipon teguran yg dberi adlah tguran yg mbina. utk kmajuan oslam jgak. n tgurn yg dberi adlah scara tbuka n umum. bknnya zul men 'spesifik' kan mana2 individu. so x salah rasanya kan. ni pndapat sy je lah.. so, buat akak2 n abg2 fpi, jadikn ini suatu teguran yg dpt mngubah diri kalain ke arah yg lbh baik.. ingt, anda mbawa bsama2 nama Islam tuh... jadi, jadikn ia rgsangan n dorongan utk mjadi manusia yg lbh baik n mmpu mberi contoh akhlak yg bguna kat rakan2 dr fakulti yg lain..
p/s: teringat cerita d sem lepas pasangan khalwat yg ditahan d hotel murahan mrupakan pelajar Al-Quran n Sunnah. dua2 plajar tu pgajian Islam.. hmmm.. dunia oh dunia. (nama universiti pelajar tsebut drahsiakn..)
opss, typing error.. bkn oslam.. tp ISLAM
bukan kalain, tp kalian
anon : maaf kalau ada aku menspesifikkan kepada insan tertentu.tapi kalau mengikut kefahaman aku dan telahpun dirujuk kpd sahabat2 fpi.diorg pun setuju yang aku cakap secara umum.teguran umum kepada golongan yang bakal membawa islam sebagai core bisnes dalam pengajian nye.tapi macam aku komen sebelum ni.kalau dilihat aku tak hanya menekankan kepada golongan di bidang ini.tapi kepada semua MUSLIM pun aku tekankan.jadi bersama mengambil iktibar selagi ada kalimah syahadah dalam diri :-)
anon 2 : tq d atas komen anda.aku sangat menghargainya..semoga entry ini mampu membuatkan kita semua menhisab diri dan terus mengislahkan diri (tertamanya aku la..huhu)
Entry neyh bagus..lama dh perhati tapi kutuk dalam hati saja..antara bakal ustaz dan ustazah, yg paling curious nmpk dlm hal-hal mcm neyh adalah golongan bakal ustazah(sorry to say)..especially diorang base on pemakaian tudung labuh, tutup sana sini serba lengkap..yang itu alhamdulillah, sejuk mata tgk..tapi kalo wat benda tak elok macam merempit waktu maghrib naik moto dua-dua, tukar-tukar boyfren macam tukar baju, p tasik mines naek bot pun dua-dua, and then post gambar dekat fb, perangai golongan yang bakal ustazah neyh kadang-kadang boleh jadi jijik kat mata org len yang kurang tutup sana sini. Kalo dulu, fahaman makin tudung labuh, makin dalam ilmu agama tapi sekarang agak sedih kat situ. Belajar mendalam bab ilmu agama Allah tapi cetek dalam ilmu lain. Jangan ingat tudung labuh adalah alat kalis dosa. Setan tetap syok dok usik cucu cicit adam tambah dosa. Hehe.Renung-renung kan.
Minta maaf, minta ampun kalo over. Just nak share pendapat sajork..Hehe.
kacang buncis : perkongsian yang menarik..moga2 semua pembaca blog kita terhindar dari semua ni..termasuk aku tertuamanya..huhu
panas seperti pisang goreng entry ni...sokong dengan apa yg kacang buncis tulis...semakin labuh tudung seorang perempuan itu,semakin takut dia pada pencipta-NYA,malu untuk melakukan maksiat.tudung itu bukan fesyen atau adat tapi satu arahan yang menunjukkan kasih sayang Allah pada kita seorang perempuan.Semoga pakaian yang menutup aurat yg kita pakai menjadi pelindung terbaik untuk kita bukan nya kerana ingin ditunjukkan kepada manusia.wallahualam
ecah : semoga semua gadis2 menjaga harta masing2..
Salam...entry yg bagus. Actually mse 1st time dgr mcm ssh nk percaya..then lama2 bru percaya,tp xdpt trima! Sedih woo tgok dak2 FPI mcm 2..bkn dak2 FPI je..tp sume2 yg membawa imej Islam tp tlh mncemarkannya..T_T
truthseeker : hmm..tu la..kesimpulannya semua muslim perlu mencari akhlak islamiyyah..;P
michael kors bags
off white x jordan 1
air max 97
jordan 6
golden goose
michael kors handbags
moncler outlet
air max 270
balenciaga shoes
michael kors purses
Post a Comment