Semalam aku menjadi runner sebentar. Bermula dengan viva pagi tu. Jumpa pensyarah jap. Lepas tu balik bilik update blog then pergi puchong pastu balik ke UKM untuk jumpa adik2 n balik rumah akak aku kat Jalan kebun S.Alam. Best gak hidup macam tu. So kesan dua hari ni tido lame lak aku tadi..hehe.. Petang sikit nak balik UKM lak. Ade moment penting lak..cewwah...
Eh bukan ni yang aku nak cerita. Tapi ade something yang aku dapat dari kehidupan semalam dan hari ni. semalam aku balik rumah Abg Salleh kat Puchong. Die takde pun. Ade akak ipar aku, adik die, baby wana, baby wani n angah je. Along pergi sekolah. Angah tak pergi sebab demam kononnye..hehe.Apa yang aku nak cerita adalah kisah buluh yang dilentur sejak dari rebung..huhu
Time aku main dengan angah semalam masuk lak waktu asar. Pastu aku tanye la angah. Angah nak ikut acik x? dia jawab "nak pergi mane?" aku pun jawab la nak pergi masjid. Entah sakit ape anak sedare aku tu nak ikut lak.huhu. So aku bawak le. saje aku bagi die duk depan untuk bagi peluang die memulas throttle minyak motor aku. Seronok lak die. Kesan die bile aku ajak pergi solat maghrib memang sangat2 laju die nak ikut. Tapi persoalan die adakah aku mengajar die untuk pergi masjid atau menjadi mat rempit? entah le..huhu. yang aku agak tertarik time ambik wudu' asar tu die memang ikut je ape yang aku buat. Tapi bila maghrib sengaja aku lambat2kan n suruh die yang buat sendiri. Kantoi sikit kat sapu ubun2. Lupa lak die. Tapi tak pe la angah.. Acik bagi A- ek??hehe
Dalam perjalanan aku nak pergi solat maghrib tu sempat aku tanye angah pergi sekolah pukul berapa?die jawab pukul 12.30. Timbul persoalan bila pulak angah solat zohor? Cikgu takde suruh ke? dengan pantas anak sedare aku tu jawab takde pun, kekadang je kami minta kebenaran untuk solat. Mende la sistem pendidikan kita ni.. Bukan melentur namanye tu. tapi melunturkan anak2 kecil sekarang ni.ish...
Tertarik bila bermesej ngan seorang junior yang menyatakan tentang beberapa sekolah swasta yang bersilibuskan islam. sekolah Al - Amin kat bangi tu antaranya. Memang aku pun dapat lihat ada kelompok2 usrah yang diorang buat selepas solat jumaat. bagus adik2 ni. yang dah senior sikit yang menjadi naqibnye.
Kembali kepada kisah anak sedare aku petang semalam. Dalam pukul 6 lebih datang kawan die kat rumah abang aku. Aku tak tau la apa yang difikirkan oleh parent die. Nak harapkan sekolah dah la memang melunturkan. kat rumah pulak budak tu dengan rambut berekornye. pakai rantai berkalung n siap pakai bangger lagi. Kalah aku yang dah besar ni.huhu. Tapi kita takleh gak memandang serong budak2 yang macam ni. Mane tau rebung yang macam ni la yang akan menjadi buluh2 hebat islam kelak..
Hari ni pulak aku melawat anak sedare aku yang lain. 3 minit je dari rumah Yong aku ni. Seronok aku tengok die melayan adik baru die walaupun dia baru je 2 tahun. Suruh amik pampers ke, henjut buai ke. rilek je die ikut. Moga jadi akak mithali nanti ye aireen..hehe
Keseluruhannya aku melihat bahawa betapa peripentingnye rebung2 ini dilentur dengan baik terutama di 2 institusi pendidikan terawal ni. Kat rumah kena perhebatkan kat sekolah pun same. Kalau kat sekolah dah dilunturkan kat rumah luntur lagi bila pulak anak2 tu nak menyerlah menjadi seorang muslim yang mukmin kelak..huhu
wallahualam
p/s : Tak sabar lak nak melentur rebung sendiri..haha
Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
opss.. x sbr nk mlentur buluh sdiri?
ehem2.. mknanya x sbr nk ad anak la ni yer...
hehe
haha..anak nk..kawn tak ready..haha
sabar2...
dah viva ke? asal ktorg blum ek..hmm..
kos budak2 genius mmg viva awal..haha
Post a Comment