PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Tuesday, April 20, 2010

Geologi sekitaran dan Islam

Seperti yang aku katakan aku ada entry yang tertangguh..entri ni sebenarnya nak buat sebelum exam geologi sekitaran ari tu. Tapi disebabkan memberi tumpuan kepada study maka aku batalkan niat tu..hehe..

Entri berkait dengan subjek geologi sekitaran yang aku ambik sem ni. Memang sejak kuliah pertama dah menarik perhatian aku.sebab ape ek? Sebab prof wan Berjaya merelatekan subjek ni dengan agama.. memang terbaik. Bermula dengan kepentingan ilmu

Menuntut ilmu wajib atas tiap muslim (baik muslimin maupun muslimah). (HR. IbnuMajah)

Barangsiapa berjalan untuk menuntu tilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. (HR. Muslim).

Lepas tu masuk pulak bab kaitan dengan dengan geologi sekitaran. Sebelum tu tau ke pa geologi sekitaran ni? Geologi sekitaran adalah salah satu cabang ilmu dalam geologi yang berkait dengan alam sekitar yang berkait dengan geologi macam gempa bumi, gunung berapi, air bawah tanah yang tercemar dll. Kita tengok kaitan geologi sekitaran dengan islam.Sape punya angkara segala kerosakan alam skitar ni??

Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar) ( Ar - Rum : 41)

Perlu ke kita sayang dengan sekitaran geologi kita ni??

Di waktu Nabi S.A.W melalui bukit, Bukit Uhud, Nabi Muhammad mengatakan ertinya, “Saya sayang kepada bukit in idan bukit itu juga saying kepada saya.”
Kita tengok pulak amalan yang dapat ganjaran berpanjangan..

Habis ringkasan kuliah pertama.hehe. So lepas tu ade la rentetan2 kuliah Prof aku tu. Ada gak yang aku TERmiss.hehe. Ada satu kuliah yang agak menarik. Tentang air kat permukaan n bawah permukaan bumi.



Biasa je kan gambar ni. Subjek kami tak fokus kat kisah air diatas. Kami kat bahagian subsurface tu. Tapi jom tengok ayat al quran tentang air kat atas ni dulu.

"Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya dilangit menurut yang di kehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat huja nkeluar daricelah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendakiNya menjadikan mereka gembira. (SurahAr-Rum: 48)

MasyaALLAH. Sampai camtu penerangan Allah bagi kat dalam Al quran. Tak ke kita kena menjadi orang yang berakal seperti ciri2 dalam ayat ni..

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka (Al-Imran : 191)

Kita masuk pulak bab kat bawah tanah. Korang mesti taktau kan yang kat bawah tanah ni ada lapisan yang dipanggil aquifer. Lapisan ni tugas dia untuk mengumpul dan mengalirkan air. Dan aquifer yang terbaik adalah pada telaga Zam Zam. Sebab dia punya sumber tak pernah habis dan satu hal yang memusykilkan si pengkaji2 air ni di mana datang sumber2 air tu? Biasanye datang dari bukit.Tapi setelah dikaji dibukit2 sekitarnya tiada yang ada sumber air. Maka satu kehebatan Allah disitu. Betoi la kata2NYA dal Al quran. Kalau Allah cakap jadi tu maka jadi lah ia..

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. (Yasin : 82)

Ni je kut nak kongsi. Ada lagi benda2 lain yang direlatekan oleh Prof Wan. Satu usaha yang sangat harus diikuti oleh para pensyarah. Tak ira dimana juga bidang kita. Cuba la masuk ke dalam agama kita yang sangat hebat ni..

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara menyeluruh dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata. ( Al – Baqarah : 208)

Wallahualam..

p/s : Kredit diberikan kepada Prof Madya Dr. Wan Zuhairi Wan Yaakob
Sumber : Nota kuliah Prof Wan. Laman web : http://pkukmweb.ukm.my/~zuhairi/ @ blog http://geo-environment.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang