PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Thursday, December 24, 2009

Kantoi..

Mamat ni amat lah tergila-gilakan Minah anak Pak Haji Dollah. Minah nie boleh lah tahan cun nya. Mamat ni pun tak kalah lah kacaknya. Ngurat-punya-ngurat tersangkutlah dua hati ini. Pak Haji Dollah bukanlah jenis yang memilih sangat orangnya, tambahan pulak si Mamat ini pandai berlakon, depan Pak Haji Dollah dia bukan main warak lagi, berkopiah dikepala. Selepas ditetapkan hari kahwinnya, maka lancar je jawab nikahnya si Mamat tadi. Biasalah malamnya agak lewat sikit keluarga Haji Dollah masuk tidurnya pasal dok berkemas rumah lepas kenduri siangnya. Pasangan Mamat dan Minah pun lewat jugak lah masuk tidurnya.

Selepas semuanya selesai dan semuanya nyenyak tidurnya, pagi besoknya Pak Haji Dollah pun mengejutkan semua isi rumah untuk solat subuh. Semua isi rumah pun bangun dan si Mamat dan Minah pun bangun mandi dan bersiap untuk mendirikan solat subuh. Tapi dek kerana lewat bangun, Si Mamat tak sempat bersolat jemaah dengan Pak Haji Dollah. Walaupun telah dikejutkan awal oleh isterinya Minah.

Maka, Pak Haji Dollah pun suruhlah menantunya tu solat sendirian ketika ahli keluarga lainnya sedang berwirid. Si Mamat pun qamat dan dirikanlah solat subuhnya. Selepas selesai solatnya dan memberi salam. Pak Haji Dollah pun menegur menantunya Si Mamat tadi, "Hai Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?" lantas Si Mamat Jawab "eh.. ia ke? tiga rakaat? rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi..."



Masya Allah.. mengucap panjang Pak Haji Dollah. Si Minah tersenyum sipu malu dengan gelagat suaminya. Sahla si Mamat ni tak pernah sembahyang subuh! Kantoi..kantoi...

sumber : http://gelihati.blogspot.com/

2 comments:

Anonymous said...

salam..

buat para wanita yang takut tertipu dek kealiman para jejaka..ni ade satu tips.. :)

ikuti langkah2 berikut:
1)sebelum terima si jejaka tu,ajak dulu datang rumah..dalam area pukul 6 ke..lepas asar..
2)pastu,drag lama2 sket die kat rumah tu..sampai maghrib..
3)bila masuk waktu maghrib,mintak ayah ajak si jejaka tu solat jemaah sekali kat rumah..pastu soh die jadi imam..
4)kenapa maghrib??sebab kene baca kuat..
5)so,boleh tengok tahap dia dalam solat dan juga bacaan quran..
6)amacam??? ;)
7)kalo si jejaka menolak,mungkin die pernah bace komen saya ni..hehe..paksa jugak dia datang!kalau banyak ngelak tu,reject je tros..da tau trick la tu..kantoi~

so,para wanita sekalian..zaman skrg ni,kalo si jejaka dah lepas 2 benda ni pon da kire ok..apatah lagi kalo arif byk soal agama..tu lagi baik..

kalau si jejaka plak,agak2 camane nk tengok si wanita tu btol2 baik atau x ye??huhu..

apa2 pon,lelaki ketua keluarga,kepala keluarga..ofkos la kene betol2 baik kan??

dan ketua yang baik,punya pengikut atau isteri yang baik..baru lancar kemudi layar bahtera..insyaAllah..

lelaki yang baik untuk perempuan yang baik..dan begitu juga sebaliknya..

Zulgeologist said...

Yes2!!! ade dah idea nak jawab ape kat mentua.. Cakap saya bersolat di masjid (tempat azan diazankann) 5x sehari semalam.(fuhh,,lega lepas ujian..hehe)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang