Aku sebenarnya agak kurang selesa solat kat situ.. Sebabnya saf yang dibina tak lurus n tak rapat. Ade pakcik2 yang bersolat mengikut sejadah masing2. Sampai aku boleh masuk di celahan 2 makmum tu. Dan yang buat aku agak terkilan. Imam tak pernah pun suruh makmum lurus dan rapatkan saf setiap kali sebelum solat jemaah. Pernah terdetik nak cakap kat imam. Tapi hati tak kuat.huhu. Ade pakcik tu lagi la. Bila aku rapat dengan dia. Aku lak kena sound suruh jauh sikit.haha.. Nasib2..
Tujuan aku menulis entri ni bukan untuk mengutuk jemaah masjid tu. Tapi sekadar renungan bersama. Bersama kita ambil iktibar dari cerita aku kat atas ni. Teringat aku ada baca satu artikel ke buku ek. Tak ingat sangat. Tak ingat aku sape cakap. Tapi ulamak Islam jugak la. Dia cakap kalau kita nak tengok perpaduan dan kesepakatan kat sesuatu kampung tu kita tengok pada saf yang dibina samada lurus dan rapat atau tak..
Bawah ni aku ada letak sikit gambar yang aku dapat dari blog kat atas ni..
So ape lagi kawan2?? Lurus dan rapatkan saf. kerana melurus dan merapatkan saf tu adalah sebahagian dari kesempurnaan solat..
wallahualam..
2 comments:
betul3...
saya pun pernah kena marah dgn jemaah masjid di kg saya. bila kita rapat, dia marah. sebenarnya perpaduan umat Islam bermula dengan solat berjemaah.
jika dalam solatnya terbit perpaduan, persefahaman dan toleransi, maka di luar pun dia akan bersikap yg sama.
selalunya, org2 tua yg kurang faham agama mencetuskan situasi sebegini. nak tegur, dikata x hormat org tua. kalau x tegur, kita yg faham agama ni berdosa.
disinilah terletaknya peranan dan tanggungjawab imam. Saidina Umar al-Khattab pada masa pemerintahannya meluruskan saf dengan sebilah pedang. nasib la kalau saf x lurus, memang terkena pedang beliau....
Agak-agaknya imam-imam sekarang pun kena buat macam tu jugak. baru saf lurus.
tu la..masalah gak tu..anak muda yang di pandang enteng.huhu.. Imam sepatutnya men peranan..Nak buat macam tu sekarang susah.. Nanti cakap imam tu ektrimis islam.huhu
Post a Comment