PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, December 5, 2009

SENDU SENDAWA..

Setelah sekian lama tak update..kini aku berpeluang nak update blog aku ni.. Sori sangat2 lama tak update.. Moga sahabat2 tak boring mengunjungi blog aku yang tak seberapa ni..

Untuk entry kali ni aku pun taktau nak cerita tentang apa. Tapi mungkin sedikit perkongsian yang boleh aku dapat dari kehidupan ku di kampung paloh ni untuk renungan bersama..

Petang semalam aku di ajak oleh untuk pergi kenduri arwah sikit. Aku pun pergi je la bawak my mother (bajet anak mithali.hehe).. 1 budaya yang aku dah lame tau kat kehidupan kampung ialah semangat kejiranan yang tinggi.. Aku tengok yang di ajak pergi kenduri tu hanya di ajak dalam keadaan on the spot je. Tapi tetap ade orang yang datang.. mmg respek ngan org2 veteren kampung..

Aku pun mengimbau balik dialog aku bersama abah aku 1 masa dulu. Aku bertanyakan tentang rumah kami ni macam mane boleh mula buat.. Jawapan yang menimbulkan rasa kagum dalam hati aku ni.. Jawapannya abah aku bergotong royong bersama orang2 kampung membina rumah tu. Ade yang buat dinding, tiang, atap n tak kurang si suri rumah yang menyediakan masakan untuk si suami.. Bila aku bayangkan memang muhibbah gile time tu..

Aku di jemput oleh ustaz isya untuk mengecat sekolah agama rakyat aku dulu. Aku pun pergi la ngan adik aku. Dan seperti dijangka. Ade orang yang dah mula bergotong royong. Bagus betoi diorang. Yang dah veteren pun stll membantu.. semangat yang menarik untuk di kongsikan..

Beralih lak kat lambakan kenduri kawn sekarang ni. Baru kejap ni aku pergi rumah kenduri kat ipoh. Pakai cathering. Tapi kehidupan dikampung memang berbeza. Sepanjang 7 dari siblings aku yang kawen. semua buat secara gotong royong. Hope aku pun sempat la di gotong royong bersama nanti.hehe. Kekadang aku pelik gak tengok orang kampung ni. Ape la diorang dapat dengan tolong free ni.. jawapn yang aku rasa betoi adalah SEMANGAT MUHUBBAH dan IKHLAS. tu je..mungkin jaga hati ade sikit kut.hehe

Benda yang aku cerita ni la yang sangat susah nak dapat tengok di kehidupan kota. Contoh aku pergi rumah sedara mara kat kota nu.. Jiran pun tak nampak. sibuk bekerja kut.hehe..

So sahabat2.. fikir2kan dimana jiran2 anda?? camne diorang sekarang?? adakah dalam sendu atau sendawa??

wallahualam..

Sendu Sendawa
Album :
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com



?Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan?
~ Al-Hadis ~

Dua kata yang berbeza
Dicantum menjadi satu
Tetap tidak kan sama maksudnya
Berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya
Sendu dan sendawa

C/O
Adakah kau tahu
Siapakah mereka jiran tetanggamu
Pernahkah engkau melihat
Apakah dalam sendu atau sendawa
Kenalilah dan bertegurlah sapa
Dengan akhlak yang mulia
Hidup berjiran susah dan senang
Suka duka dirasa bersama

Hak tetangga berkenal bermesra
Hak tetangga menggembirakannya
Hak tetangga bertanya khabarnya
Makan minumnya semua

Kenalilah jiran kita
Hormatilah kita sesama kita
Hormatilah jiran kita, bersaudara?

Hak tetangga menutup aibnya
Hak tetangga doakan mereka
Hak tetangga menjaga hartanya
Sakit demamnya

Hormatilah jiran kita
Kita sesama kita

Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang
Jadi teduhan musafir lalu
Hujan dan panasnya

Bersaudara ibarat tubuh manusia
Satu anggota terasa sakit
Sakitlah seluruh anggotanya

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Isman Isam
Program Muzik : Mohar


Sumber http://www.hijjaz.com.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang