PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, December 19, 2009

La tahzan innallaha ma'ana

Salam Maal Hijrah..Moga tahun baru ni membawa kita semakin dekat dengan mengejar keredhaannya.. Coretan ini aku tujukan kepada pejuang - pejuang Islam tak kira dimana sahaja anda berada. Buat yang masih enak dengan gelaran Islam.. Jadilah pejuang Islam yang memperjuangkan agamanya..

Tadi Khutbah Jumaat amat menarik untuk didengari. Isi yang menyentuh segala aspek dalam erti kata Maal Hijrah yang disambut sepanjang tahun.. menyingkap kembali tirai sejarah ketika umat islam sebelum peristiwa hijrah berlaku.. Berbagai mehnah dan tribulasi yang menanti sahabat2 yang dizalimi, dihina tak kurang jua dengan yang dibunuh.

Segala cabaran dan ujian yang dirasai oleh pejuang - pejuang islam terdahulu tetap dapat dirasai oleh pejuang islam pada akhir zaman ni. Melihat kembali serangan secara lembut yang di lakukan terhadap pejuang - pejuang islam terutamanya Junjungan besar kita. Begitu jugalah serangan yang dikenakan terhadap pejuang islam kini. Sebagai contoh tawaran kuasa, wang ringgit dan wanita yang ditawarkan kepada Nabi Muhammad saw ditolak serta merta oleh baginda. Jati diri seperti ini yang aku rasa perlu ada dalam diri semua pejuang- pejuang islam terutamanya pejuang yang terjun ke lembah perebutan kuasa. Kalau kita lihat kat malaysia ni. bagaimana YB yang tidak mempunya jati diri dan perjuangan yang didasari oleh islam begitu mudah di beli oleh golongan yang melakuakan perkara yang sama tarafnya dengan kafir quraisy tu.

Kita lihat pula sejarah yang berlaku sebelum berlaku penghijrahan dimana kaum kafir quraisy ni bermeeting yang turut disertai oleh Iblis yang menyerupai seorang tua. Terdapat 3 usul yang dicadangkan oleh kaum kafir ini untuk menghentikan usaha dakwah Nabi.

Yang pertama usul untuk membuang Nabi Muhammad dari kota Makkah. Usul ini telah ditolak oleh Iblis dengan alasan Nabi akan tetap dapat meneruskan kerja dakwahnya. Melihat kepada situasi politik kampus terutamanya UKM ni. Student di ugut untuk dibuang kolej andai mengundi ataupun mewakili pihak yang ingin memperjuangkan Islam. Andai kata Nabi Muhammad saw dahulu mengetahui baginda akan dibuang daerah adakah baginda akan mengalah?? begitu juga hal yang kita perlu lakukan. Jangan mengalah dengan tangan2 kotor yang cuba menghalang gerakan Islam..

Yang kedua pula, usul untuk memenjarakan Nabi Muhammad dalam penjara besi. Usul ini turut ditolak oleh iblis dengan alasan umat islam lain akan bangkit. melihat kepada situasi politik yang lebih luas iaitu Politik Malaysia. Ia amat bertepatan dengan ancaman ISA yang telah dikenakan terhadap pejuang-pejuang islam. Dan amat tepatlah kata - kata Iblis yang mengatakan umat islam lain akan bangkit membela pejuang tersebut. Hal ni dah berlaku pun kat Malaysia ni. tahniah buat rakyat Malaysia!!!!

Usul yang ke 3 pula ialah setiap kabilah menghantar wakil pemuda masing - masing untuk membunuh Nabi Muhammad saw. Situasi ni kita dapat lihat dengan terbunuhnya pejuang - pejuang islam di Palestin. Yang membezakannya adalah kalau dulu dipanggil semua kabilah sebab takut akan kebangkitan Bani Hashim. Tapi kini Israel tak perlu gentar membunuh rakyat Palestin kerana Umat Islam lain tidak bangkit untuk menghalangnya. bahkan tidak mebantu sedikit pun untuk rakyat2 yang dibunuh sesuka hati tu.

Semua serangan diatas ni akan dan sudah dihadapi oleh semua pejuang islam. Namun ingatlah duhai pejuang, janji Allah pasti akan tiba. penuhi syarat kemenangan maka Allah akan memberi kemenangan kepada Islam. Jangan sesekali bersedih hati kerana Allah sentiasa bersama kita.. Ingatlah kata-kata Nabi muhammad kepada saidina Abu Bakar ketika dalam peristiwa hijrah : La tahzan innallaha ma'ana (Janganlah engkau bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita )

“Hai orang-orang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” (Muhammad:7)

4 comments:

aLiaFar said...

bagus2..:)

Zulgeologist said...

aliafar :tq2 :)

Anonymous said...

salam...
tq, bc post nie mengingatkan diri yg selalu alpa. susah mcm mane p0n idup ni Allah sentiasa ad d sisi kte..
Truskan usaha berdakwah.. :)
InsyaAllah kte sm2 perbaiki diri.

Zulgeologist said...

anon : tq2..semoga kita istiqamah..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang