PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, February 24, 2010

Kisah kami 20 tahun lagi...

DUMMM!!!!

“Alamak..Mamat mane pulak hentak belakang kereta aku ni”. Protes aku dalam hati. Aku pun bergegas keluar untuk melihat Mini Cooper kesayangan aku. Lega aku rasa bila tengok keadaan kereta aku yang hanya calar sikit je. “ Tapi sikit pun kena mintak ganti rugi ni” berontak hatiku..

“Sori Bro sori, Aku nak mengelak kucing tadi” Tiba-tiba ada sapaan mamat yang agak gelap dari belakang aku..Menyirap pun ada bila dengar alasan kanak – kanak dia tu..Aku pun dah menyusun ayat untuk memaki hamun mamat tu .

“wei!! Hang ni...” Tiba-tiba aku terhenti setelah melihat wajah yang aku kenali ada di depan mataku.. “La..hang rupanya Mat Anip..Awat makin gelap ni. Aku dah tak cam tadi” sindir aku kepada teman lama aku yang dikenali sebagai Mat telor masa kat UKM dulu.

“Hahaha..banyak berjemur la bote. Sekarang sibuk kena pergi site projek Syarikat aku” balas mat Anip. Dari kata-kata dia aku dah tahu yang mat Anip dah berjaya sekarang. Hebat kawan aku sorang ni yang ambil jurusan Sains Pembanggunan dulu. Memang membangun nampaknya. “Dah dah, Jom pergi pekan S.P pekena cendol dulu. Boleh borak-borak lama sikit” Pelawa mat Anip yang mematikan terus niat aku untuk meminta ganti rugi.

“Blurpp..layan jugak cendol kat sini” aku mengomen.“Apa projek baru sekarang??” aku bertanya Mat Anip. “La..hang tak tahu ke? Aku tengah berkerjasama dengan Manan sekarang. Kami nak tubuhkan Bandar Pembanggunan Islam kat sempadan Thailand. Manan nak tubuhkan School of Islamic Scientist kat dalam bandar tu” Jawab Mat Anip dengan panjang lebar. “Huish, Dahsyat Manan ni. Harap-harap jangan moral down sudah” jawab aku yang membuatkan kami tertawa teringat kisah silam.

inilah varsiti kita,
Ditengahkan hasrat rakyat kita,
Dari mula untuk semua,
Bagai tanda perjuangan kita

“hekelle..Poyo siot,pakai tone lagu UKM untuk incoming call” Mat Anip menyindir.

Aku : Assalamulaikum, halo..

Pemanggil : Wallakumussalam. Zul ke ni?

Aku : Ye Zul yang kacak bercakap. Sape hang?

Pemanggil : Aku ni Mirul.

Aku : La, Mirul yang dah kurus tu ye?haha

Pemanggil : Haram Jadah.. ye aku le ni..

Aku : ape hal kol aku?

Pemanggil : Aku nak balik Perak hujung minggu ni. Jom la lepak kat Ipoh.

Aku : Ok2. Asalkan orang femes belanja.

Pemanggil : Yela..Set je..Ok see you..Bye..

Aku : ok..bye..I Love you.hahahahaha

Pemanggil : Bangang!!!haha

Tutttt....

“Mirul ke kol tadi? Dahsyat dia sekarang. Mula jadi dejjay Radio Midas je dulu. Tak sangka sekarang dah jadi pengacara No 1 malaysia”. Mat Anip menceritakan perkara yang aku dah tahu..

Rupa-rupanya pihak IKIM.fm mengesan bakat Mirul ketika dia jadi Dejjay Midas dulu dan diberi kontrak bekerja dengan IKIM.fm selepas tamat pengajian. Bakat mengacara Mirul juga telah membawa dia ke pentas program dakwah sehingga berjaya mendapat anugerah Pengacara Televisyen dan Dejeey radio paling popular tahun lepas.. Kena2 pulak tercalon sebagai speaker untuk OIC conference..

“Ok la wei, Aku nak pergi Jejawi ni. Tido kat Aloq staq malam ni. Nak pergi kenduri kahwin Fad esok. Hang tak pergi kan?? Sibuk?Teloor...”hahaha aku mengusik Mat Anip dan terus berlalu meninggakan dia terpinga-pinga.

Dalam perjalanan, Aku memsang Channel Nasyid F.M tiba – tiba aku mendengar suara yang aku kenali mengalunkan lagu Nasyid memuji2 kebesaran tuhan. Suaranya sekarang sering sangat berkemandang di corong-corong radio. Album sulung berjudul “Dakwah dan EPL” turut berjaya menembusi pasaran di eropah. Mungkin pendekatan dakwah berbeza yang diterapkan dapat menarik minat pendengar kut. “Oney2.. memang Wan Alonso Hebat hang sekarang ek” aku memuji sahabatku di dalam hati. Gosip di dunia hiburan juga dapat diatasi dek kesetiaannya kepada Zaujah (isteri) tercintanya si Fiqah tu. .

Malam tu aku tidur di Alor Star. Aku dah tempah Hotel Al- Jannah bersama Caer roomate lama ku. Sengaja aku memilih bilik sama untuk mengimbau kenangan bersama di tahun 1 UKM. Lagipun Hotel tu dimiliki oleh kawan kami jugak Tan Sri Rahimie. Dapat la less 50%. Tu yang aku tempah tu. Kalau tak, memang tak mampu aku nak tempah hotel yang terkenal dengan ciri-ciri keislamannya yang bertaraf 5 bintang tu. Bagus betul Mie ni. Menerapkan unsur dakwah dalam pengurusan hotelnya. Pekerjanya juga diwajibkan berkopiah dan bertudung labuh.

Sambil menanti Caer yang sampai agak lambat aku sempat berYM sebentar. Menurut Caer dia ade tugasan sikit kat Syarikat majalah dia. Maklum la Pengarah Urusan Al-Islam bhd. Malam tu ada pulak si Piji ni Online. Aku pun BUZZ la dia. Lama sangat dah tak bersembang dengan dia semenjak menjadi ketua sukarelawan Malaysia ke Gaza. Kami tak dapat chatting lama pun. Katanya dia kena menguruskan penempatan rakyat yang terancam kat sana. Nampaknya khidmatnya sangat – sangat diperlukan disana.kami pun mengakhiri chatting kami. “Memang tepat la pemilihan felo bagi anugerah tokoh Khidmat Sosial kat Piji dulu” getus aku di dalam hati.

Tepat pukul 11.30 alunan Surah Al Kahfi berkumandang kat hotel tu. Setiap bilik juga disediakan Tafsir Al Quran Per Kata. Bagus Betul hotel ni. Tiba – tiba Pintu dikuak. “Wah!! Roomate lama ku dah tiba rupanya. Mana makanan??” pinta aku kepada Caer. “Nah Ambil Pizza HPA ni” Pelawa Caer yang memang sejak kami 1st year mempunyai banyak makan di bilik kami.

Malam tu aku bersembang lama dengan caer. Kami berborak mengenai kenangan kami bersama ketika di tahun 1 dahulu. Bilik kami yang menjadi tumpuan terutamanya si Fathi. Eh silap, sekarang dah bergelar Ir Fathi dah. Betul lah kata orang memang seronok mengimbau kenangan silam sehinggakan kami tak sedar jam sudah menunjukkan jam 2.12am. So masa untuk tido...

Pada pukul 5 lebih aku terjaga dari tidur kerana terdengar esakan tangis seseorang. Aku membukakan mata. Rupanya Caer sedang melakukan Qiamullail. masyaAllah, hebat kawan aku sekarang. Malu aku kepadanya kini.

Keesokan paginya, Semasa aku mandi, Caer menjerit – jerit..

“Zul!! Cepat – cepat, kawan kita masuk T.V ni”. Aku yang teruja ni terus mempercepatkan proses mewangikan diri aku lantas keluar.

MHI Pagi tu menjemput pemenang anugerah Nobel pertama dari malaysia. Kajiannya mengenai penggunaan minyak sawit dalam mengawal aktiviti nuklear telah membuka mata seluruh Dunia. Malam ni juga dia akan mendapat gelaran Prof emeritus daru UKM,UITM,UPM,UM,UTM dan USM. “Nampaknya kena panggil Prof emeritus Jimbet la kawan kita ni zul” gurau caer disambut tawa kami yang berpanjangan..

Usai sarapan pagi aku dengan Caer pn bergerak naik kereta BMW 15 series dia. Bangga je aku menumpang kehebatan sahabat aku ni. Nak beli sendiri aku tak mampu. Dalam perjalanan ke Jejawi sempat aku bertanya tentang perkembangan Ustaz Minul sekarang. “Ape cer Minul skang Caer?? Mantain kerja dengan KPM lagi ke?” Aku mulakan perbualan. “Ate.. Kamu ni idok dengo ke yang Minul sekarang dah koje dekat Portugal??” Jawab Caer yang tiba2 je bertukar loghat perak.. “ What the hell are he doing there??” aku membalas dengan penuh gayanye tapi degelakkan je oleh caer..Siot2..Rupanya2 menurut Caer si Minul tu dah jadi Ustaz kat sana. Kat University of canción de la banda kat sane. Kira Universiti yang membawa nama Portugal ke arena Futsal dunia le. Semua pemainnye muslim je dan Minul adalah coach merangkap murabbi diorang. Dengar cerita wajib tahajjud setiap malam sebelum game. Patut la Brazil pun kalah time Final Kejohanan Futsal Dunia kat Itali tahun lepas.

Sebelum sampai ke Jejawi kami singgah kat Masjid Arau untuk bersolat Zohor. Usai solat berjemaah aku di sapa oleh seorang pakistan. Sembang punya sembang rupanya dia ni karkun jemaah Tabligh dari sana. Terlepas jemaah diorang sebab Handphone dia bateri Kong. Adui..kesian pulak aku tengok. “Camne ni Caer?? Takkan nak biar je Mamat ni??” soal aku kat caer. “ Hekelle ko ni. Simple je la. Kan Hairil tu dah jadi Maulana besar kat Malaysia ni?? Call je la die. Ape da..” Perli si Caer.. Aku pun lepas tu terus kol sahabat karib aku sorang ni. Rupanya dia ada kat rumah dia kat Perlis gak sebab nak pergi kenduri Kawen Fad jap lagi dan dia suruh bawak mamat Pakistan ni kat sana. Nanti die setelkan kata hairil..

So, Aku pun teruskan perjalan bersama karkun tu. Ramah je orangye. Tawadhu’ usah dikira. Tenang je aku sembang dengan dia. Respect betul dengan usaha yang dia dah buat selama ni.

Sampai je kat rumah Fad kami terus mencari Hairil. Dari jauh aku tengok Hairil tengah sembang dengan seorang mamat yang muka macam aku kenal. Takkan ade pulak Mamat ni. Tak sibuk ke dia?? Bila sampai je kat sana aku rupanya memang betul la tu Noni!! Mak ai.Semakin kurus nampaknya selepas jadi M.B Negeri sembilan ni.“ Oit Nik Aziz kedua. Kurus siot!!” Sergah aku kepada Noni. Ye Nik Aziz kedua tu la jolokan yang diberi oleh Rakyat Malaysia kepada dia setelah berjaya membawa Islam kat Negeri dia. “ Besa la bro. Tak sempat makan la. Sibuk2..” Rungut Noni.. Aku tak layan pun sebab aku tau mengada je lebih dia tu. “Amacam dengan projek Bahau Bandar Pencerahan Islam??” Caer menyoal.. “ InsyaAllah sekarang dah masuk fasa terakhir” Jawab Dato’ Noni yakin. “ Dahsyat ahli politik sorang ni. Tak sia2 thesis under Dr Agus dulu ni” bisik aku di dalam hati.

Pak Pung.. Pak Pung...

Pak Pung.. Pak Pung...

Pak..Pak Pak...Pung...Pung..Pung..

Pak..Pak Pak...Pung...Pung..Pung..

Tiba – tiba kedengaran paluan kompang dari depan rumah. Kami pun bergegas melihat sahabat kami raja sehari yang nampak bergaya hari tu. “Akhirnya berjaya juga Fad ek?? Setelah bertahun2 mencuba sejak 1st year akhirnya berjaya juga dia” Komen si Hairil. “Biasa la. Usaha tangga kejayaan” jawab Dato’ Noni dengan penuh skema disambut oleh boooooo dari kami bertiga..

Majlis perkahwinan dibuat simple je. Permintaan pengantin juga untuk tidak diadakan persandingan. Pengantin perempuannya pun dah memakai Tudung Labuh. Ayu la pulak aku tengok. Fad pulak dah jadi macam Ustaz pun.

Ketika pengantin makan beradab datang seorang yang aku pun tak berapa cam. Berjubah putih dan berserban. Tinggi lampai orangya. Sesampainye kat meja kami dia terus menegur. "Oit kenal aku lagi tak? Yang setinggan depan bilik ko dulu". Sapa beliau. "La..Hg rupanya Mael. Ingat Pak aji mana tadi. Camni boleh ubah penampilan ni??" Aku inginkan jawapan. "Ko ni, tak tahu ke yang mael sambung belajar kat Mesir lepas ijazah dulu. Baru tahun lepas balik sini' Oney menyampuk selaku rakan sekelas mael. " oooo.. Bertapa kat mesir rupanya.. Patut la jadi alim ulamak sekarang. Dahsyat hg Mael" aku memuji. "Biasa je bote, Semua tu perancangan Allah untuk memberi hidayah. Kan Allah berfirman 'Sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman' Surah al-An’am ayat 125" jawab mael yang membuatkan kami terkedu sebentar.. Dalam hati aku berbisik. Semoga Hidayah Allah tu kekal bersama kita sahabat2ku..

Selesai Makan beradab, Pengantin datang beramah mesra bersama kami. Sempat aku bergurau menanyakan destinasi honeymoon diorang. “ Kami nak gerak pergi U.K minggu depan. Honeymoon kejap lepas tu aku terus kerja sana jadi Mining Geologist kat sana” Nanti datang la sana. Boleh lepak dengan Jaki sekali..

“Jaki?? Kenapa dia kat sana pulak??” si Oney yang baru je selesai makan bertanya.. “Jaki kerja dengan petronas kat sana” Siddik tiba-tiba muncul lantas menyampuk.. “ Siddik jumpa dia masa sembahyang kat masjid Dungung bulan lepas. Dia jadi penceramah jemputan malam tu. Cuti nak bertunang katanya hari tu” Siddik bercerita. “Eh. Sejak bila Jaki insaf ni??. Kena panggil Ustaz jaki la nampaknya lepas ni” Fad bersuara lalu disambut gelak tawa kami bersama.

“ Eh Ibu Zain pe cerr??” aku bertanya kat siddik. “Alhamdulillah..dapat kolej terbaik baru ni. Sekarang ni dah dah tukar nama jadi Ibu Zain Islamic Student House. Tapi mantain panggil IZISH lagi la” Siddik menjawab dengan wajah yang ceria. “Senang dapat peruntukan untuk aktiviti keislaman kolej?” Fad kini selaku aktivis islam bertanya. “ Senang juga la. Ye la N.C nye kan Abg Iejan. So senang la sikit nak dapat.” Jawapan Siddik yang membuatkan kami terkenangkan Abang kami yang banyak mengajar kami erti kehidupan tu.

Petang tu kami berkumpul ramai – ramai sambil menanti rakan - rakan yang ada yang masih dalam perjalanan akibat kesibukan masing – masing. Bangga aku melihat kejayaan demi kejayaan sahabat – sahabat perjuangan aku di medan masing – masing dan di medan besama iaitu ISLAM. Tapi aku?? Aku hanyalah aku.. Tiada apa yang boleh dibanggakan...

Sekian..

18 comments:

sUtErA said...

zUL.....!!! haha giler best r citer ni~ lengOh mulut aq senyum2 mase bace~ aq akan tabek spring [10saat]kt name2 yg k0 sebut tu 20 tahun akan dtg... tu pon if watak n pwatakanny same cam dlm citer ni huhu~ ;-b emmm ko tolg cakap ngan Tan Sri Rahimie, aq berminat nk keje ngan dia t hahah~ ;-b

MuRSYiDaH_SoLeHaH said...

salam...moga2 cerita ni akan jd kenyataan di 20 tahun akan datang... Insyaallah...
tp sad ending la... sbb penulis xcite pun ape keje dia skrg... xkan tanam anggur je...
hehe, kritik penulisan dato pulak... sory2...

20 tahun akan datang gelaran dato tu akan mjdi kenyataan... dato dr ahmad zulqurnain bin ghazalli.. Insyaallah... Amin... =)

teruskan penulisan... teruskan dakwah... TAKBIR!!!

nurul asma mazlan said...

garapan cerita yang sangat menarik. islamic sangat2. harap2 lepas ni, anda semua bakal lahir sebagai muslim yang mukmin seterusnya mencapai tahap muhsin. InsyaAllah...


x sangka pemikiran awak terkehadapan.

Cik Pulau said...

zul... aku mmg respect gler kat ko..
klau ko jd penulis buku nanti, aku akan jadi peminat setia karya ko.. keep it up fren..

aku doakan sume watak ni akn jadi kenyataan.. kredit to u all..

skali lg.. aku kagum ngan ko..(^^,)

Zulgeologist said...

Gee : hehe..nanti aku sampaikan.. tapi rasa gigih sangat fad kawen time umur 43 tahun..hehe

Mursyidah : Penulis jadi pencacai je..hehe

Asma : Tq asma. takde la ke depan sangat. men hentam je.hehe

lini : Nak aku wat cite untuk cikgu lini ke?? hehe

To all : ade penambahan dalam cite ni..sila baca sekali lagi..hehe

Kejernihanku said...

salam...mantap la zul..tak sangka ko boleh terpikir macam ni..disebalik lawak ada diselitkan islamik dan ilmiah..mantap la bro..thumbs up...aku rasa hang tu jadi Perdana menteri kot 20 thn lagi tu yang tak tulis tu..nak tawadduk..huhu.. :D

Zulgeologist said...

adui..ade lak P.M.. Mau porak peranda negara ni..haha.. Aku men hentam je tulis ni..layan je..haha

fasihah said...

salam..Zul..wah mantap gilerrr...Islamic btol..hope apa yg kita lakukan demi Islam dipermudahkan kerja oleh-Nya..Islam is our life...Imarahkan Islam dibumi Ibu Zain..

Siti SArah Ahmad Rusli said...

suke lak aku bce...^-^

Zulgeologist said...

Seha : tq2..amin..

sarah : hg sume suke..hehe

Khairiah A Rahman said...

Salam ziarah..bagus penulisan ni..tidak mustahil ia akan jadi kenyataan suatu hari nanti..Insya Allah..tp, rasa mcm kenal je bbrapa watak dlm ni..spt mael, oney, tan sri rahimi..itu semua kawan sy..hehe..

Khairul Aiman Sahrom said...

semoga Islam kan subur indah di bumi ini...kita semualah penggerak bagi cita-cita murni ini..usah tewas dengan kebatilan kerana kebatilan itu di bantu oleh Thaghut...namun yakinlah dengan kebenaran kerana kebenaran itu dibantu oleh Allah..teruskan langkah di jalan perjuangan saudaraku...TAKBIR!

suhana said...

cam lawak pun da gak..hehe..best2..
btw rahimie tu budak smk agama kedah ke??

Zulgeologist said...

khairah : kompom2 awak ni dak dakwah kepimpinan..hehe

aiman : amin..syukran..

suhana : ye2..betoi..fames giler tan sri aku tu..hehe

Khairiah A Rahman said...

hehe..xla..sy x ambik dakwah kepimpinan..tp sy amik arab dan tamadun islam..sama ngn gee,mimi, seha, n asma..hehe..tp sy kenal dorg sbb pernah satu kelas..oney plak satu sekolah dl ngn sy..

Zulgeologist said...

oney?? kasas ke slim river??

Khairiah A Rahman said...

kasas..hehe..

Zulgeologist said...

la..beloh kampung teman je tu..hahaha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang