PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, February 26, 2010

Cinta konon..cet..porrrah...

Seharian berbrainstorm untuk kepentingan Islam hari ni. baru sempat aku nak mengupdate blog aku ni. Apa yang di brainstorm?? Nanti la aku cerita ek?? tunggu....

Hari ni aku nak bertanya kenapa kita diberikan cuti?? Adakah cuti hari ni kita gunakan untuk berehat2 ataupun nak manfaatkan untuk muhasabah diri tentang rasa cinta kita kepada Junjungan besar kita yang dikatakan hari ni adalah hari keputeraan baginda. Sememangnya ada khilaf mengenai tarikh kelahiran baginda tetapi ulama' mengatakan hari ni adalah hari lahirnya insan kamil yang membawa sinar kepada seluruh alam. Persoalannya adakah kita ni cukup menghargai sinar yang dibawa oleh baginda pada masa dan ketika ini. Masih tebalkah cinta kita kepadanya atu hanya bermain di bibir2 yang pandai bermain kata?? Aku taknak hurai panjang sebab lebih ramai yang lebih arif lagi. Aku hanya ingin melontarkan persoalan yang mengharapkan sahabat2 menjawab dengan jujur sebagai petunjuk awal mengenai cinta kita kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.

1. Adakah anda mengingati baginda lebih banyak daripada perkara yang anda lakukan didunia?

2. Adakah bilangan selawat anda mengatasi daripada anda mengatakan tentang perkara dunia?

3. Adakah anda menjaga solat di awal waktu?

4. Adakah anda tidak mempunyai pasangan kekasih?

5. Adakah anda percaya anda adalah seorang dai'e?

6. Adakah anda mengetahui maksud sunnah rasulullah?

7. Adakah anda tidak pernah missed membaca Al - Quran setiap hari?

8. Adakah anda tidak pernah berbohong (atau dah bertaubat)?

9. Adakah anda menjaga solat jemaah di surau ataupun masjid (terutama lelaki)?

10. Adakah anda cuba mengamalkan sunnah nabi yang anda tahu?

Cukuplah hanya 10 soalan yang aku cuba lontarkan. Andai kata kebanyakan solan yang anda jawab jawapannya adalah tidak. Maka cuba hisab balik adakah benar anda katakan anda mencintai Rasulullah saw. Bukan aku nak mengatakan 10 soalan ini adalah indikator kecintaan kita kepadanya tetapi hanya sebagai renungan bersama. Mungkin betul mungkin tidak apa yang aku lontarkan ni. tapi aku cuba memuatkan pengamalan sunnag nabi dalam soalan yang aku lontarkan kerana ingatlah khutbah terakhir baginda

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.
Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya.Kuwariskan dua perkara pada kalian,
Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai
aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama
aku."


Allah juga berfirman

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Ali Imran: 31)

Jadi dimana tahapan kita kini?? adakah cintakan dia atau tak?? anda mumpu mengubanhnya...(tibe je..huhu)




2 comments:

nurul asma mazlan said...

Lakalsyukruljaziiiil !!!!

Zulgeologist said...

mak ai..dasat sangat bahasa..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang