PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, February 3, 2010

Warkah untuk Ayah

Saat ni aku masih lagi berkira2 untuk menulis entri ni. Takut nanti disalah ertikan. Tapi aku harap sahabat2 yang membaca ni hanya menganggap ni tempat untuk aku meluahkan perasaan je..huhu..ye aku nak meluahkan perasaan dengan tindakan yang aku rasa macam tak percaya je..so aku decide nak tulis warkah untuk ayah ni..

Pertamanya anakmu ingin memohon maaf andai warkah ni mengundang rasa terguris dihati ayahanda. Sebenarnye anak mu sangat kecewa dengan apa yang berlaku.kenapa sampai begitu persepsi sempit ayahanda melihat usaha anakmu membumikan islam di rumah kita ni. Usaha di saat2 akhir anakmu di rumah ini. Kenapa ingin mengaitkan politik dengan usaha yang anakmu lakukan? kenapa perlu mendengar kata2 orang lain tanpa dirujuk kepada organisasi yang melaksankan? kenapa perlu mencetuskan kontrovesi da laman maya rumah kita? mungkin kali pertama dulu berlaku salah faham dan anakmu telahpun menerangkan keadaan sebenar. Usaha ini tak lebih semata2 untuk memekarkan islam di rumah kita sendiri. Memang semasa temuduga untuk kekal berada di rumah ni sem lepas anakmu telahpun menyatakan sumbangan dari bentuk kerohanian yang ingin dilakukan untuk rumah kita. Dan kala ini anakmu cuba mengotakan apa yang dikata tapi semuanya berubah apabila kita mungkin berlain aliran. Kenapa tidak meraikan aliran2 yang ada. Percayalah ayah sesungguhnya anakmu ini sayangkan rumah ini. Rumah yang mengajar anakmu ini untuk hidup dalam kehidupan mahasiswa. Bersama abang2 dan kakak2 yang banyak membantu untuk berjalan dan terus berjalan mahupun kadangkala terjatuh. Rumah in membawa seribu satu kenangan suka dan suka bersama keluarga kita. Mungkin anakmu bukan warga terbaik dirumah ini tapi anakmu cuba memberi yang terbaik untuk rumah ini.

Buat adik beradikku yang lain, jangan terlampau fikirkan persengketaan antara keluarga kita. Andai anda berusaha untuk rumah kita ni teruskan saja usaha tu. Banyak program2 yang akan berlangsung dalam masa terdekat ni. kepada adik beradikku yang terlibat secara langsung semoga berjaya aku ucapkan. Dan yang tak terlibat secara langsung tu cubalah melibatkan diri secara tidak langsung. banyak perkara yang kita dapat kutip dalam bersama2 berkerja dalam keluarga ini.

Dan kepada ayah, ibu, abang dan kakak2ku.. Kami semua megharapkan kebersamaan anda dalam bergerak kerja. Andai semua besikap seperti seorang abang yang sentiasa bersama kami, semestinya tiada salah faham yang berlaku. Orang yang bersama2 melakukan je yang tahu apa perkara yang tersurat mahupun yang tersirat. Andai tak berkesempatan untuk menyertai cukuplah dengan bertanya kepada orang yang sepatutnya bukan hanya dengan mendengar2 kata2 orang...

sekian dari seorang anak untuk Ayah dan seluruh keluarga ini..

sayang KIZ (IZISH)!!!

p/s : tq sbb membaca luahan aku. maaf andai aku wat sahabat2 terasa..

4 comments:

Siti SArah Ahmad Rusli said...

huh.buat suspen je...

Zulgeologist said...

suspen pennye..

sUtErA said...

aaa aq faham ape yg ko sampaikan... mase temuduge pon aq cakap pkare yg same... xkire ape yg blaku, terus gemilangkan 'rumah' kite cam mase kite ta0n 1 dulu...

Zulgeologist said...

yeah..terbaek gee!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang