PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, February 19, 2010

UBM Vs Kawen

Sejak akhir2 ni terlampau banyak forum mahupun penulisan yang berkisarkan tentang cinta. Ape hal entah. Penangan Valentine Day ke?? xkan la kut. Tak pe la. Mula2 aku malas nak bagi komen tentang benda ni. Tapi aku rasa kite memang tak boleh lari dan tak wajar lari pun dengan istilah CINTA. CINTA??? jeng....jeng...jeng...huhu

Ye. memang kita dah memang diajar tentang cinta sejak kita mula lahir lagi. Bukankah Azan tu adalah usaha pertama untuk mengajar si bayi comel tentang kecintaan kepada Rabnya?? Ye..soal cinta kepada Allah dan Rasul sememangnya tak dapat di nafikan. Tapi apa pula nasib Cinta sesama Manusia?? Validkah untuk umat Islam??

Perkataan Cinta dianggap suci atau kotor pada fikiran kita sekarang ni? Kita terlampau dimomokkan dengan kisah2 Cinta yang dipaparkan oleh Tokoh2 ilmuan dari bidang Hiburan tanah air.haha.. Filem?? Drama?? Cerekarama?? Novel?? Realiti TV?? semuanya mendefiniskan cinta secara tak langsung. Melihat kepada pasangan kekasih yang setia satu sama lain seperti dalam kisah romeo dan juliet adalah dianggap cinta sejati. Melihat kepada kekuatan cinta sejati sehingga kawen lari setelah cinta dihalang oleh keluarga seperti dalam filem hindustan juga dikatakan cinta sejati. Ataupun kisah Persahabatan berubah menjadi cinta seperti dalam filem kuliah cinta dikatakan cinta sejati. Terlampau banyak filem2 yang macam ni kita dapat tengok sekarang ni. Bukan kita je.. Bahkan adik2 kita yang baru usia setahun jagung pun dah tau ertikata Pakwe dan Makwe sambil Masih belum mengetahui Pengertian Iman dan Islam.

Nah..Tahniah diucapkan kepada pelopor2 filem yang memberi didikan percuma kepada adik2 kita..Ni belum sampai kepada didikan cinta dari barat. Love is Sex. Sex is Love. No love without sex. But how about Sex without love?? kompom ada..haha.. Sori kalau kasar ek.. Tapi tu la hakikat nye sekarang ni. Jangan la rakyat malaysia sampai macam tu sekali..nauzubillah..

Definisi macam ni sangat2 menyebabkan ada yang memandang keji kepada orang yang bercinta. Ada yang mengatakan bercinta ni melalaikan. Bercinta ni menyakitkan. Bercinta ini menyusahkan. Bercinta ini jijik. Bercinta ini neraka..haha.. Tak kurang gak yang kata Bercinta ini menghiburkan. Bercinta ini menyeronokkan. Bercinta ini macam berada disyurga. Bercinta ini mengawang2kan fikiran..haha.. Macam2.. Tak kesah pun apa definisi diorang. .Kalau ada kata cinta tu Kotor.Percaya la.Cinta tu suci. Tapi pencinta itu la yang kotor lagi mengotorkan..haha. (bukan main jiwang lagi aku)

Atas ni baru intro je sebenarnya. Yang bawah ni baru la nak ceritanya..hahaha.. Sebenarnya entri kali ni aku nak cerita tentang Baitul Muslim@ rumahtangga.. Kesian kat blog sorang kawan aku yang aku cakap BM ni ngarut je..haha.. Ade ke mengarut??. Mesti la penting untuk memastikan kelangsungan gerakan dakwah. Kasi istiqamah sikit.. tak gitu??huhu. Baitul Muslim amat fames untuk gerakan dakwah. Tapi untuk yang bukan ahli gerakan setakat perkahwinan tu memang sejak sekolah rendah dah tau.



Kenapa perlu Kawen?? Adakah dengan sebab ingin menghalalkan apa yang diharamkan sebelum tu?? Ke ade benda yang lagi besar dari tu?? Ye memang ada la jawabnya. soalan cikai je pun..huhu.. Setakat sebab nak halalkan apa yang haram je? kalau gitu lepas dah halal tu kira dah tercapai matlamat so tamat la riwayat perhubungan tu. Jadi la 1 hubungan yang kusam tanpa matlamat. Tapi kalau letakkan misi dan visi yang sama untuk membawa pasangan masing2 ke jannah. Membawa ruh islam dalam keluarga nescaya hubungan tu sentiasa ceria dan dimantainence kan dengan baik untuk mencapai misi dan visi tu.. Bukan senang misi n Visi tu. Ni baru la betoi2 Big Mission. Setakat Misi kecik2 ni tak layan la.. Kawen pondok2 boleh la..haha

Jom usha alam kampus lak. Sekarang ni bukan main lagi adik2 aku. Ade je yang dah mula mencari pasangan. Setakat mencari je takpe. Tapi bile dah dapat tu jangan la mencari dosa lak..huhu.. Pergi je jumpa parent dia cakap "Uncle..Anak Uncle Cun gilerr. Boleh saya kawen dengan dia?? " kan senang.. Pantas je kena halau balik..hehe.. Tapi betoi la. nego elok2 jangan la terjah je. Wat la intro2 sikit2..eh2..macam pengalaman lak aku..haha..

Masuk lak ke alam gerakan dakwah. Hmm.. Masalah sekarang ni terlampau banyak sangat muslimat dalam gerakan dakwah ni. Yang musliminnye sikit je pulak tu. Kes tu la yang buatkan lambakan muslimat2 yang masih belum berpunya dalam gerakan dakwah ni. Dan 1 lagi. Muslimat ni memang zaman usia kat U ni dah memang wajar pikir pun. Tapi bagi muslimin ni masih banyak yang belum bersedia lagi. Maklum la semuanye lambat matang..haha..Tapi bagi aku UBM ni sangat2 penting dan perlu untuk kelangsungan gerakan dakwah. Tapi persoalannya bersedia atau tak je..huhu

Duk cakap kat orang je. Macam mana pulak aku?? Bersedia??? Pernah 1 ketika aku terfikir sampai camtu. Tapi setelah membuat beberapa penyelidikan dan pencarian ilmu aku amat2 tidak bersedia lagi sekarang ni. Maaf ye orang2 yang sedang berharap..hahahaha..ayat bajet hot nak mampus.. Malas nak fikir pun bab2 ni. Tapi kena fikir gak la kan. Takpe2. Nanti bila aku dah bersedia untuk memikul tanggungjawab untuk membawa misi dan visi ke syurga bersama keluarga aku nanti aku boleh mula fikir secara serius lantas mengisi borang UBM..hehe



Dah semakin merapu nampaknya.. Kembali serius..

untuk bukan ahli gerakan..

BERKAHWINLAH KAMU KERANA ALLAH

untuk ahli gerakan..

BERUBMLAH KAMU KERANA ALLAH

Di dalam hadis Qudsi yang bermaksud:
"Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kemuliaanku pada hari ini,
Aku perlindungi mereka dibawah naungan Ku pada hari yang tiada lagi naungan
kecuali nuangan-Ku" (Riwayat Muslim)



Wallahualam...



8 comments:

MuRSYiDaH_SoLeHaH said...

"eh2..macam pengalaman lak aku..haha.."
salam..dato mcm dh ada pglmn je? hehe...

jodoh pertemuan semuanya di tgn yg Maha Esa...
masanya pasti kan tiba utk sesorg tu menamatkn zmn bujangnya..
moga kita semua dikurniakn calon soleh solehah utk sama2 memimpin keluarga menuju jannahNya... Insyaallah... =)

Zulgeologist said...

takde la..bahana filem..haha

suhana said...

seronok bercinta tp dlm islam x de couple2 kan..hmm jadi x leh couple la..bia parents jer yg tlg carikn..senang sket

Zulgeologist said...

Cari sendiri pun boleh. Tapi jaga batasan la. Jangan taaruf lame2..huhu

suhana said...

kalau cari sendiri mesti la couple dulu..sedangkan dlm islam x de istilah couple2 ni..walaupun dpt menjaga batasan dari segi pergaulan, kebarangkalian untuk terjadinya zina hati tetap ada..nak pulak kalo hati yang ada penyakit di dalamnya.huhu
berapa orang la sgt yg dpt elakkan couple ni..sebab lumrah manusia ingin disayangi dan menyayangi.huhu
semoga kita di bawah lindunganNya selalu.Amin

Zulgeologist said...

Cari sendiri yang saya maksudkan bukannye pergi tackle awek tu..hehe.. Tapi tgk2 sikit pastu proceed kat famili ataupun kalau dalam jemaah pergi jumpa org yang bertanggungjawab dlm Unit Baitul Muslim. Tapi memang bahaya gak senang berlaku zina hati. Semoga kite terhindar dari gejala ni..amin..

Anonymous said...

kd 14
nike sb dunks
golden goose
yeezy gap hoodie
supreme new york
off white
kyrie 9
jordan 13
hermes
yeezy boost 350 v2

Anonymous said...

yeezy boost 350
yeezy shoes
a bathing ape
Golden Goose
bape
palm angels tracksuit
palm angels outlet
golden goose outlet
kyrie 7
jordan outlet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang