Semalam membaca blog Hilal tentang perihal IMAN. So terdetik hari ni aku nak sembang tentang IMAN. Apa itu iman bagi kite? adakah cukup dengan menghafal rukun iman semata2? Kembali kepada pengertian iman itu sendiri. kena ade 3 aspek penting. Dan biasanya 2 je yang terlaksana. membenarkan dengan hati dan melafazkan dengan lisan tapi dimana pengamalan dari bentuk tindakan? kekuatan iman yang terpasak dalam diri yang akan membuatkan tindakan kita ni sejajar dengan apa yang terpasak dalam hati.
Mungkin kalau Hilal die menterjemahkan iman tu adalah piling kepada sesuatu banggunan. Tapi aku sebagai Geologist ni ubah la sikit walaupun lebih kurang je maksud die.hehe.. Aku nak menganalogikan iman ni adalah foundation kepada empangan. aku cerita sikit la dari segi geologi untuk buat empangan ni dasar empangan kena melalui beberapa proses. dasar dia kena kuat. Tanah die perlu di buang sikit. Pastu kena di mampatkan dan diletakkan batu yang tahan dan turut akan dimampatkan.. nak cite memang banyak la. Tapi benda penting kat sini foundation of the dam ni kena bebas dari sebarang ketidakstabilan kat dasar die. Tak boleh ada leaking dan strength of the soil and rock kena tinggi. huhu
kembali kepada perihal iman tadi. Kita tengok asas kepada dam ni kena kuat untuk menampung segala burden yang datang. macam tu la Iman. macam mane Umat terdahulu di pasakkan keimanan yang tinggi selama 13 tahun di Mekah. Ayat2 Al-Quran yang turun semua tentang keimanan je. Bile dah iman tinggi. semua bebanan dan ujian yang datang kita mampu menempuh dengan senyuman sampai ke telinga. Buat dek je dengan ujian. huhu. Betapa tingginya keimanan sahabat sehinggakan apa je suruhan agama akan diturutkan dengan senang hati walaupun hampir menggadaikan nyawa dan perlu menggadaikan harta.
“Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Surah al-Ankabut, ayat 2)
Kembali kepada reliti sekarang. Siapa antara kita yang rasa asas keimanan dia dah cukup mantap dan hebat? Kita bernasib baik sebab kalau banggunan dan empangan tadi bila dah siap dasarnya dan dibangunkan, kontraktor tak berkesempatan untuk berusaha menguatkan dasarnye tadi. Untuk perihal iman ni kita ada peluang utuk melakukan USAHA ATAS IMAN. ye usaha atas iman adalah kata2 biasa yang kite dengar dari sahabat2 tabligh kite. Sangat hebat usaha mereka dan sepatutnya bukan mereka tetai KITA. Cuma aku belum berkesempatan untuk turut same keluar bersama sahabat2 untuk merasai perit payah mengajak orang ke jalan INI dari rumah ke rumah. Tapi setakat bayan dan Ta'alim kat surau Kiz ni InsyaALLAH aku mampu ikut. mungkin 1 masa nanti aku akan pergi gak andai dipilih oleh ALLAH.
So aku rasa sangat2 penting kita berusaha untuk meningkatkan iman. Mungkin tabligh adalah salah satu caranye. tapi andai sahabat2 rasa anda ada cara yang sesuai silakan. macam2 ruang dan peluang yang kite ade. Antara nak atau tak je.. sekian dari aku untuk peringatan bersama.. semoga IMAN kite meningkat setiap hari walaupun ulama' mengatakan iman kite bertambah dan berkurang..
wallahualam..
Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment