PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Friday, February 12, 2010

Laju = Fast = Puasa. So jom laju!!!


Alhamdulillah. Semalam sekali lagi kelab kerohanian berjaya meneruskan amalam berpuasa dan berbuka puasa sunat hari khamis. Ada la dalam 20 lebih orang. Ok la tu. Untuk pengetahuan majlis ni akan di buat sekali dalam seminggu samada isnin atau khamis. Kalau hari khamis minggu tu ada majlis bacaan yassin so majlis minggu tu akan secara automatiknya menjadi hari isnin dan macam tu gak la sebaliknya.paham tak??hehe.

Pada awalnya untuk berbuka hanya air sedap disediakan tapi sejak akhir2 ni alhamdulillah Allah swt membuka hati seorang insan ataupun beberapa insan untuj menyumbang untuk makanan berbuka puasa. So dapat lah makan free pulak.hehe.. Rezeki dari Allah semua tu.. Syukur..Semalam alhamdulillah yang budak lelakinye lebih ramai berbanding golongan pompuan ni. Pergh.. bukan senang nak dapat golongan adam lagi ramai kat aktiviti macam ni. amacam hawa? tercabar x?..haha. Tapi bukan jantina yang nak diisukan sebabnye yang memilih kita untuk beramal pun Allah juga kan. So same2 muhasabah diri..


Kenapa perlu Puasa Isnin Khamis?? Apa Fadhilat dia??

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada
Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Riwayat Muslim)

So di kesempatan ni aku nak mengajak la sahabat2 pembaca blog aku untuk mengamalkan puasa sunat isnin khamis ni. Kalau takleh dua2 hari kita Puasa la 1 hari seminggu. bak kata seorang sahabat aku. Tak boleh buat semua jangan tinggal semua. Ambik je la yang mampu. Tak gitu. So lepas raya cina ni hari isnin insyaallah kita akan buat lagi majlis macam ni. So jom puasa. amacam? ade beran??

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang