PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, February 10, 2010

Terbaik lah BRO!!!

Aku nak kongsi ape ek hari ni? adui.. penin2..huhu.. Tapi aku cuba gak la untuk menjalankan tanggungjawab aku sebagai blogger..cewwah..

Semalam lepas isya' seluruh UKm digemparkan dengan satu program yang boleh dikatakan mega. Tahniah untuk penganjur. Memang sangat terbaik blia di adakan dialog antara agama yang bertemakan Agama Di sanjung Perpaduan Di junjung. Masa aku sampai tu orang sedang masuk dalam DECTAR. Dalam separuh DECTAR dah penuh time tu. Sebelum dialog dimulakan aku rasa DECTAR tu boleh dikatakan penuh gak la. Tapi of course la tak seramai kalau ade konsert penyanyi tersohor la kan..hehe..

Antara yang hadir

Formasi menarik berbentuk segitiga.haha

Bermula dengan sesi penerangan 3 agamawan yang datang dari agama Hindu, Buddha dan Islam. Just yang agak mengecewakan sebab takde wakil dari agama Kristian yang hangat sejak akhir2 ni dengan isu kalimah ALLAH. Masing2 beri penerangan tapi yang nampak yakin dan sedap di dengar kompom la aku akan kata Bro Shah Kirit dari ISLAM.hehe. Tapi memang hakikat die nampak lebih mantap berbanding agamawan yang lain.

Bila bermula sesi soal jawab. masa ni banyak sangat soalan yang datang sehingga moderator terpaksa menahan beberapa soalan disebabkan limitasi masa yang berlaku..huhu. Kat sini aku nak kongsi beberapa persoalan yang diutaraselatankan oleh penonton yang aku rasa mantap la untuk dikongsi.hehe

Soalan : Ada pendapat mengatakan Umat islam menyembah Kaabah. Adakah Kaabah tu tuhan umat Islam??Mohon bagi penjelasan..

Jawapan : Jawapan yang diberi oleh Bro Shah Kirit cukup bagus untuk pemahaman umat islam amnya dan bukan islam khasnya..

1. Pernah tak tengok makhluk yang memijak tuhannya sendiri? Bagi kaabah setiap tahun orang akan memijak kaabah. So adakah kaabah tuhan muslim??

2.Pernah tak tengok orang yang memijak2 gambar tuhannya? kalau gambar kaabah ni setiap hari umatnya pijak ketika solat di atas sejadah. kalau anda tak solat lain la.hehe

3.Kalau kaabah diangkat ke KLCC adakah seluruh umat islam akan berkiblatkan Kuala Lumpur ataupun terus menghadap Makkah?? kompom terus kat Makkah.

So dari beberapa hujah dia nampak la yang kaabah ni hanya arah utuk bersolat je..so jangan pening2 nak fikir..huhu

Soalan : Tolong ceritakan kehidupan selepas mati bagi ke3 tiga agama

Jawapan :

Hindu : Penganutnya akan hidup semula sehingga belum sampai tahap mokhsha iaitu tahap boleh bersama tuhannya dengan cara telah menyucikan segala dosa yang ada dalam diri.

Buddha : Lebih kurang gak macam hindu. Penganutnya percaya yang adanya kehidupan semula. tapi jasad tak sama. Mungkin hari ni dia adalah anak kepada Lee Chong Wei tapi pada kehidupan akan datang dia adalah isteri kedua kepada suami jiran ayah isteri anda.haha. Benda ni adalah disebabkan dia telah membuat perkara jahat dalam hayat sebelumnya. So die kena tebus la. Ala.. yang macam besa sahabat2 tengok dalam Pearl Screen kat TV 3 tu..hehe

Islam : Nak cite gak ke? sahabat2 sume pakar dari aku kut.hehe.. alam kubur -> alam barzakh -> padang mahsyar -> neraka@ syurga

Cukup la 2 soalan ek?? kalau nak tahu lagi boleh jumpa aku takpun jumpa je ribuan yang datang semalam.hehe.. Nak add YM aku pun boleh. takde hal la..huhu..k2..semoga dengan sedikit perkongsian ni akan lebih menguatkan keyakinan kita dengan Agama yang kita cintai ini..

wallahualam..

4 comments:

sUtErA said...

emmm bet0l2... beliau lebih berkeyakinan berbanding ulama' lain...

MuRSYiDaH_SoLeHaH said...
This comment has been removed by the author.
MuRSYiDaH_SoLeHaH said...

jwpn Shah Kirit mantap2 belaka, m'hangatkn Dectar yg sememangnya dipenuhi dgn majoriti ISLAM... m'gmbrkn betapa Islam itu agama yg t'baik... ISLAM IS THE BEST WAY OF OUR LIFE... ISLAM FOR ALL... =)Takbir!!!

Zulgeologist said...

gee : tu la..memang terbaek la..

Mimie : ALLAHUAKBAR!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang