PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Saturday, February 13, 2010

Welcome to the Ghazalli Legacy!!

Semalam lepas abis kelas aku terus bersiap2 untuk balik ke rumah yong aku. Antara sebab utama aku balik sini sebab parent aku ada kat sini. Maklum la dapat cucu baru. hehe. Tapi bukan yong aku yang bersalin. Kak Aza yang bersalin anak perempuan. Rumah Abg Sham iaitu abang aku merangkap suami tercinta kak Aza ni tak jauh dari rumah ibu bagi kawasan lembah kelang bagi famili aku ( yong kami le) hehe. Dalam 3 minit je perjalanan. Kira rumah yong ni memang port kami la..

Sampai je aku kat rumah yong tengok2 mak aku sedang menyeting makanan. Melihatkan lauk ikan keli yang terpampang depan mata. So aku terpaksa la melepaskan nafsu makan aku dulu. hehe. Lepas tu aku pun bergerak pergi rumah abang Sham. Tak sabar nak tengok anak sedare acik yang baru ni.hehe..So sempat la aku melihat wajah kecomelan anak sedare aku yang baru ni. Comel macam acik die ni time kecik2.hehe..




Buat Aireen yang baru je naik pangkat jadi Kak Long harap dapat menunjukkan teladan yang baik. Lagi 1, lepas ni takleh la nak mengada2 dengan acik lebi2 dah. Dah ada pesaing.hehe..(padahal aireen tak pandai membaca lgi pun.hehe)

Comel Kak Yong nye..

Tengah2 sembang tu aku pun tanya apa nama anak baru dia ni. Nurul Ain Asyura namanye. Lebih kurang dengan Kakyong dia je. Nurul Aireen Asyura. Tapi Panggil ain ke Asyura ni. Abang Sham kata panggil Asyura. So aku layan je la. Ain pun ok pe. Lembut namanya tu cakap adik ipar Abg Sham. Tapi terkeluar pulak kisah Ain budak Kampung diorang yang kasar. Kesian ain. Tak pasal tersedak2.hehe.

Perbualan diteruskan dengan membincangkan kenapa seseorang anak boleh jadi kasar. Antara faktor yang difikirkan adalah amalan ibunye ketika mengandung. Kalau asyik baca Al Quran atau berzikir insyaallah anak yang baik akan dapat. Tapi kalau dengar lagu rock?? agak2 la sendiri.hehe. Tapi semua tu tentuan NYA jugak..

So kat sini aku nak bagi tips untuk ibu2 mengandung mahupun bakal mengandung yang membaca entri aku ni.hehe. Padahal aku copy and paste je ni.hehe..

[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Khasiat Surah An-Nahl, ayat 78: Untuk memudahkan wanita hamil bersalin/melahirkan anak, insya-Allah.


"Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya."

"Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertaqwa (bersih hatinya)".

Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

Adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.

Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.


Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa AS.
---------------------------------------------------------------------------------------

AMALAN KETIKA MENGANDUNG

Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian.

Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 - 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.



------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 - 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra') dalam solat Subuh.

Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah.

SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barangsiapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat.

SURAH YUNUS (Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini ke atas perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.

SURAH YUSUF (Yusuf)
Barangsiapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesolehan kepada anak-anaknya.

Barangsiapa membacanya akan dimurahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.

Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.

SURAH IBRAHIM (Ibrahim)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

SURAH MARYAM (Maryam)
Barangsiapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

SURAH AS-SAJDAH (Sujud)
Barangsiapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit rohani dan jasmani.

SURAH LUQMAN (Luqman)
Barangsiapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala penyakit terutama dari penyakit perut.

Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.



WALLAHUA'LAM

P/S:YAKIN KEPADA ALLAH,BUKAN KEPADA AMALAN YANG KITA BUAT.AMALAN TU SEKADAR PERANTARA,BUKAN YANG MEMAKBULKAN SATU2 PERMOHONAN KITA

sumber : http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,20098.0/

5 comments:

Anonymous said...

perkongsian yg menarik... =)

Zulgeologist said...

tq2

sUtErA said...

ye... pk0ngsian mnarek... gud zUL gUd... barakallahufikaaaa

Zulgeologist said...

amboi gee..macam dah ready je..haha

sUtErA said...

erkk...!!! ayat xley bla la encik ni huhuuu~ [rase malu]

rasenye ko lagi ready hahah~ da da... jgn sambung ulas lg~ t aq pk yg bukan2 plak~ huuu~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang