waaaa.... Lame gile tak update blog..da seminggu lebih kut. maklum le duk kat kg ni.. internet mmg takde le. malas nak g cc. ni pun usaha gak ni..huhu
Sepanjang seminggu cuti ni. aku takde wat pape pun.. Tapi aku kongsi la sikit pengalaman2 best sepanjang seminggu ni. sahabt2 baca je la ek kalau sudi.huhu..
Ni la benda pertama yang bonda sajikan dekat aku. sampai2 je dah di kerah makan durian n rambutan. Sepanjang seminggu ni aku tak pernah miss la makan buahan kampung ni setiap hari. kekadang breakfirst ngan durian je.haha. Ade sesape nak?? datang la rumah aku. Aku dah tak larat nak makan dah. Banyak sangat.huhu..
Selain makan buah. Ade benda len lagi yang aku rasa menarik sangat2.. Sebelum start cuti sekolah ari tu. Aku sempat kembali ke gagang. gagang?? ape tu?? ala.. "sireh pulang ke gagang"..peribahasa sikit.hehe. Bermula ngan hari rabu. Aku pegi ke sekolah tadika aku dulu. tadika PASTI tempat aku mula dididik oleh ustazah siti n ustazah sakniah. Ade ustazah siti je sekarang. Sembang punye sembang dalam sejam tiba2 ustazah menyuarakan untuk aku menggerakkan alumni PASTI tu..hmmm aku cuba la usahakan..huhu. Sebelum aku balik ustazah sempat pulak suruh aku bagi ucapan sikit kat adik2 kat PASTI tu. Aku pun bagi la ucapan sikit. entah faham ke tidak budak2 tu.. biar je la.hehe.. Jumaat nye pulak aku sempat pergi ke sekolah rendah aku. Yang guru aku ade lagi just Teacher Liza, Cikgu Ayu, Cikgu Raihanah, Teacher Syeeda n Cikgu Mokhtar je.. Jadi la. Lepas gak rindu kat cikgu2 lame aku..cewwah.. Ade gak Cikgu mintak aku ajak budak2 alumni sekolah layang-layang kiri ni buat ala2 motivasi ke.hmm.. tu pun aku cuba ajak memember lain.. Kat sini aku nak ajak la sahabat2 yang membaca entri ni ingat balki kat cikgu2 lame kite. Cuba la kontek2 balik. Memang macam basic je ilmu yg diorang bagi. Tapi yang basic tu la yang kita gunakan sampai sekarang. Tanpa diorang kite belum tentu kenal lagi A B C kan? So takleh la kite nak lupakan cikgu2 kite. Tapi segan la nak jumpa..haha.. Aku pun same je mulanye. tapi lawan2 gak. last2 boleh je bergelak ketawa ngan diorang.huhu. Nak segan pe?sebab diorang kan MURABBI kite??huhu
Pergi sembahyang jumaat ari tu aku terjumpa si Zulhisham . Adik kawan baik aku time skol rendah dulu. Tetibe die cakap "jadilah seperti batu" n "Dato' Dr Ahmad". Aik camne pulak budak darjah 6 ni boleh sebut benda yang berkait dengan blog aku ni?? tanye punya tanye rupanye dia saje taip sk layang-layang kiri. Pastu keluar blog aku. Kan aku ade buat entri tentang sekolah aku ari tu. Patut la.. Dahsyat gak budak2 sekarang. Aku dulu dah sekolah menengah pun buta IT lagi.haha.. Caya la Hisyam.. Boleh jadi pakar IT ni. UPSR dapat 3A2B lak tu. Boleh la masuk Universiti nanti macam abangnye zulfariz..amin...
Satu lagi aktiviti aku time cuti n adalah jadi cikgu tuisyen tak bertauliah..haha.. Aku just ajar adik aku si dik wai n kengkawan die je. Ajar la subjek2 kritikal sikit. addmath, fizik, kimia n math mode. Bio??mintak ampun awal2..tak minat.haha. Sahabat2 yang bace entri ni doa2 la diorang ni n adik2 sahabat2 lain berjaya dalam SPM ni.Kan doa tu lagi penting??huhu. Sempat gak aku bagi pengisian sikit ari tu. tentang kebergantungan kepada ALLAH tu lagi penting dari usaha. Hope diorang faham n ingat le.huhu..
Mungkin setakat ini je kut penulisan aku.. Ikutkan banyak benda lagi aku nak cerite.. tapi nanti2 la ek?? Lepas ni nak kena setelkan rumah untuk raya n akak aku bertunang.. Nanti aku cerite lagi pengalaman aku..papepun.. SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..
wallahualam..
Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
saLAm...
walamak bro...
lu semakin mantap gua tgk....
ade tips2 jadi mantop mcm lu?
breakfast le akhi bukan breakfirst
salam.
durian..oh durian..kedekut! sape nk dtg umah..jauh! :p
ade jugak jd jurutatabahasa menggantikan kite..huhu..
mmg ade ciri2 abg mithali..tahniah2 :)
HAHA..tq cik inah oi..tapi inah kena teteap menjadi cikgu bahasa.yang ni cikgu B.I. Inah Cikgu BM.haha
Post a Comment