PENAT.. Mungkin tu istilah yg sesuai kut.. Penat da study ni ( study ke??haha).. Penat2 gak.. blog jgn d lupa..huhu.. Untuk entri kali ni aku just copy n paste je.. Aku agak kesibukan ngan hal dunia sikit.haha..
Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuangdengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-duapihak pulang ke markas masing-masing.Di sana Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu.Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagumdengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekorsinga yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.
"Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman,"
kata salah seorang sahabat.
Mendengarperkataan itu, Rasulullah pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan
penduduk neraka."
Para sahabat menjadihairan mendengar jawapan Rasulullah itu.Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam
boleh masuk dalam neraka. Para sahabatberpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah
itu.
Rasulullah sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya,
lantas baginda berkata, "Semasa Qotzman danAktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka
parah akibat ditikam oleh pihak musuh.Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya
ke atas tanah, manakala mata pedang itu puladihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam
dadanya."
"Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung
kesakitan akibat dari luka yang dialaminya.Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yangparah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah
menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka."
Menurut Rasulullah S.A.W lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan,
katanya, "Demi Allah aku berperang bukankerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya
tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Akuberperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu.
Aku tidak akan berperang."
Riwayat oleh Luqman Hakim."
Duhai pejuang2... Ikhlas la dalam berjuang untuk Agama mu.. Berjuang d atas jalan yang benar mencari ilahi...
2 comments:
bagus betul tulisan nie...keep it up..
cik epal : haha..penat2..
umar : okai..tq:)
Post a Comment