PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Tuesday, November 10, 2009

Dimana Al - Hikmah yang di cari?


Merujuk kepada entri aku sebelum ni yang tajuk MACAM MACAM ADA!! . Nampaknya mendapat respon daripada pembaca. Terima kasih di ucapakn.. Mungkin terdapat maklumat yang tak sampai sepenuhnya kepada pembaca. So selepas mendapat pandangan dari teman2 lain. Aku decide nak wat entri baru ni..hehe

Adakah dakwah pada zaman sekarang ni hanya tertumpu kepada dakwah secara tradisional seperti yang dilakukan oleh ulamak silam dan para sahabat mahupun junjungan besar kite Nabi Muhammad saw??

Aku rasa statement ni yang menimbulkan salah paham kepada pembaca. Mungkin pembaca memahami yang aku nak cakap cara Nabi Muhammad saw adalah tradisional. Mungkin gak istilah tradisional tu perlu aku tukar dengan perkataan yang lebih sesuai. Tapi aku nak nyatakan kat sini yang persoalan itu hanya aku timbulkan untuk membuka minda tentang kepelbagaian cara untuk berdakwah. Tu je tujuan aku tanpa hendak mempertikaikan sunnah nabi dalam berdakwah.

Kembali kepada sunnah nabi. Sahabat2..kite jangan lupa yang nabi berdakwah dengan berhikmah. Mengikut kepada keadaan mad'u nya.. Ni la yang di katakan dakwah secar al - hikmah

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. (Al Nahl / 16: 125)

Aku bawak contoh sikit tentang kepelbagaian dalam dakwah nabi..Nabi pernah menghantar surat kepada raja2 negara lain time tu. Contohnya baginda berdakwah melalui penulisan surat kepada Muqawqis, pemerintah Mesir yang disampaikan oleh Hatib bin Abi Baltaah di Alexandria (Iskandariah). ( Boleh dijadikan hujjah jihad penulisan kepada blogger).. Lagi satu. Nabi pernah memulaukan sahabatnya. Ye nampak macam janggal kan? Tapi tu la kisah di sebalik perang tabuk. Dalam perang tabuk tu ade 3 orang sahabat yang tak join peperangan ni sebab lalai dengan dunia. Ka'ab bin Malik, Hillal bin Murrah dan Murarah Bin Rabi'. Time kena pulau tu memang takde sesape pun umat islam lain yang berhubung ngan diorg. Dan hasil dari dakwah dengan memulaukan diorang selama 50 hari tu menyebabkan 3 sahabat ni insaf. Tu la method dakwah yang pelbagai dalam dakwah nabi.. Yang penting dalam berdakwah ni adalah al - hikmah tu. Andai matlamat, kefahaman semuanya same. Just mekanisme je yang berbeza. Adakah kita harus menyalahkan mekanisma tersebut andai mekanisma itu mampu mencuit walau sedikit cuitan di hati mad'u??

Sebelum aku menamatkan coretan ni. Aku menyeru kepada jiwa2 dai'e sekalian agar menjadi seorang dai'e yang berjiwa dai'e dan berotak faqih seperti yang diperkatakan oleh saifulislam dalam kupasannya dalam isu ini. Bersama kita meningkatkan ilmu dan menajamkankan kemahiran dalam membawa islam yang kita sayang ini..

wallahualam..

4 comments:

FA said...

firman Allah dalam surah Muhammad ayat 7 yang bermaksud, “jika kamu menolong agama Allah,Allah akan menolong kamu dan mengukuhkan kedudukan mu.”...good luck!..:D

Zulgeologist said...

tq adikku!! hehe.. gudluck too!!!

cahaya_ketenangan said...

Fatien..betul,betul,betul.. :)

janji Allah yang sentiasa diyakini dalam hati ini..Allah tidak akan sesekali meninggalkan umatNya yg mendokong agamaNya..sebab tu tak hairan lah,orang yang sibuk dengan urusan agamanya pon, boleh berjaya..malah lebih hebat! :)

Zulgeologist said...

Semoga semua pejuang menjadi HEBAT!!! hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang