PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, November 15, 2009

Jadahnye..berakhlak konon..

Alhamdulillah.. Aku baru selesai program KEMBARA IBNU SINA (KIBSI 09). Macam2 kenangan dan manfaat yang aku dapat kali ni. Aku yang ditaklifkan menjadi penyelaras displin agak kekok nak menjadi tegas.hehe. Sebab aku bukannya seorang yang serius. Asyik men2 je.huhu.. Tapi tak kesah la.. Yang penting semuanye da selesai.

Dalam 3 hari 2 malam ni macam2 bentuk aktiviti yang diterapkan. Antara yang aku rase nak share n terkesan adalah slot diskusi ilmu yamg membincangkan tentang akhlak islamiyyah.. Penyampai bagi tajuk ni adalah ustaz fakhrurazi. Aku rasa die mampu menyampaikan pengisiannya dengan bersahaja dan berkesan..Lawak pun mantap gak.huhu

Antara istilah baru yang aku dapat ialah "ISTIKHLAQ" perkataan ni yang aku paham bermaksud usaha untuk menjadi berakhlak. Ni berbeza ngan akhlak. sebab akhlak seseorang tu adalah tingkahlaku seseorang tu yang tak perlu lagi die nak fikir untuk lakukan. Akhlak ni tindakan yang berlaku secara automatik. Sebagai contoh.. Akhlak masuk masjid. Orang yang berakhlak akan secara automatik melangkah dengan kaki kanan. Ni berbeza ngan istikhlaq yang memerlukan seseorang tu berfikir dulu nak melangkah guna kaki kanan atau kaki kiri. Faham tak?? wat2 paham sudey..hehe.


Atas ni nama die kitaran penghambaan kepada ALLAH. Kalau tak silap aku la..hehe. Aku cite sikit la pe yg aku paham ngan secara ringkas je ek.. Pertamanya.. step pertama.. kite kena mencari ilmu yang berkait ngan aqidah. benda ni penting sangat untuk kite meningkatkan pegangan aqidah kite. Aqidah ni sangat berkait ngan iman. Kat hujung kang aku kaitkan ape kaitan iman dalam kitaran ni.. Ok. sekarang masuk step ke 2. Dengan adenye ilmu yang berkait ngan akidah ni akan meningkatkan tahap pengibadahan kite kepdaNYA. Ibadah ni pulak akan merangsang dalam meningkatkan Akhlak seseorang. Akhlak ni la yang berbeza dari orang bukan islam. Diorang hanya ade moral. Ni berbeza ngan islam yang didasari oleh aqidah n ibadah yang mantap. ok.. seterusnya kecantikan akhlak ni lak akan meningkatkan tahap ketakwaan seseorang tu.. Seterusnya ketakwaan yang semakin bertambah ni akan menjana iman seseorang itu. iaitu dengan meningkatkan tahap kepercayaan n pegangan seseorang tu hanya kepada ALLAH..

Sekarang kite masuk kepada simple calculation dalam kitaran ni. Bermula dengan aqidah yang berkait dengan iman tadi. Contoh kite ade iman yang bernilai 2. Iman ni akan menjana ibadah yng turut bernilai 2. So ngan ibadah ni akn menyebabkan akhlak kite selari ngan ibadah kite tadi.. Ngan pemantapan akhlak kite lak akan meningkatkan Ketakwaan kepada ALLAH. Takwa lak akan menjana iman menjadi nilai yang lebih. Contohnya menjadi 5 pulak. Kitaran ni akan berterusan sampai la kite meninggal. So kitaran ni agak penting untuk menstablkan tahap keimanan kite. Terdapat 3 base yang selari iaitu aqidah, ibadah n akhlak. Ketiga2 item ni bertindak selari dalam meningkatkan ketakwaan seterusnya menjana keimanan kepada ALLAH swt.

Mungkin setakat ni pemahaman aku. Kalau sahabat2 ade komen atau penambahan. Boleh kongsi besama. Tambah2 kepada sahabat yang bersama ngan aku mendengar pengisian tersebut. Aku pun tak bape tau nak cite camne. Tapi aku cuba je. Sori kalau sahabat2 tak paham sangat.hehe..sekadarnya dari aku..

wallahualam..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang