Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid : Nampak cikgu.
Guru tadika : Pen ada kan?
Murid-murid : Ada cikgu.
Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..
Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : pen ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid : tak nampak cikgu.
Guru tadika : Tuhan ada tak?
Murid-murid : tak ada cikgu.
Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…
Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika : Boleh,mari ke depan.
Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid : nampak.
Amin : cikgu ada kan?
Murid-murid : ada.
Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid : tak nampak.
Amin : cikgu ada otak tak?
Murid-murid : tak ada.
Padan muka cikgu tu..huhu.. Cerita kat atas ni merupakan salah 1 agenda puak2 atheist ni. Bajet bagus je diorang ni. Kali ni aku nak post tentang masalah atheist. Dah lama aku nak post atas permintaan seorang sahabat aku. Sempena Birthday hang hari ni aku post ek. Ok kan Sab?? kira hadiah dari aku untuk sahabat aku yang bernama Sabri Bin Mohamed Radzalan @ Roslan.Kita tengok sekarang ni semakin banyak orang yang tak percaya tuhan (menurut Sabri). Aku pun tak berapa arif sangat. Tapi aku cuba juga menghurai masalah ni setelah mencari bahan di internet..
Apa yang aku faham golongan ni adalah golongan yang tak percaya akan kewujudan tuhan. Diorang ni mengatakan kehidupan di dunia ni adalah 1 kebetulan.(mengong punye pegangan).Kalau kita tengok kat Amerika, gerakan Atheist dah wujud dan digelar sebagai American Atheists. badan ni memperjuangkan hak2 mereka yang tak percaya dengan agama ni dan mengetepikan kepentingan golongan beragama. Tambah pulak lahirnya selebriti yang dari golongan ni sebagai contoh Bruce Willis dan Jodie foster. Kehadiran diorang ni sedikit sebanyak menggiatkan lagi perkembangan golongan atheist ni.
Terdapat beberapa pandangan yang menghuraikan pengertian Atheistism yang kini banyak melanda negara-negara Barat, tidak terkecuali sebahagian besar di sekitar Asia Tenggara ini. Ia boleh dilihat sebagai satu ideologi yang disokong sebagai satu gerakan ke atas negara-negara di dunia, dengan membawa satu perencanaan baru ke dalam kehidupan manusia.
Ada juga yang bermula daripada kedudukan sebagai free thinker, yakni golongan yang menerima semua jenis agama dan kepercayaan.
Kemudian kekeliruan yang dilihat sebagai tiada penyelesaian, meletakkan golongan ini sebagai atheist yang menolak agama kerana bagi mereka agama adalah punca kekeliruan.
Dr. Mustafa Mahmud di dalam bukunya Dialog Muslim-Atheist (1981 Penerbitan Nasional), menyenaraikan beberapa bentuk persoalan yang sering dikemukakan dan dianggap tidak mampu dijawab oleh mana-mana Muslim, sekalipun yang berpegang teguh kepada gaya hidup Islam.
Siapakah yang mencipta Tuhan yang telah menciptakan alam semesta ini?
Soalan ini tidak mempunyai asas yang relevan sama sekali. Penyoal mengakui alam diciptakan Tuhan kemudian mengajukan soalan sebegini.
Ia telah mencampur-baurkan Zat pencipta dengan zat-zat ciptaan-Nya, maka pertanyaan sebegini akan bertentangan.
Golongan ni juga memperlecehkan Al Quran. Mereka mengatakan bahawa umat Islam terlampau fanatik dengan Al Quran tanpa merasakan yang kemungkinan nabi Muhammad saw telah mengubah isi kandungan ayat tersebut. Lagi teruk ada yang mengatakan yang Al Quaran adalah hasil karangan Nabi Muhammad..
Aku sebagai geologist mesti la ambil contoh tentang geologi kan.huhu.saintis dalam bidang geologi yang merupakan profesor geologi dan pengerusi Jabatan Geologi Institut Geosciences, Universiti Mainz, Germany iaitu Profesor Professor Alfred Kroner memberi komennya selepas mengkaji beberapa ayat al Quran yang menyentuh ilmu Geologi.
``Setelah mengkajinya dan memikirkan dari mana Muhammad berasal, adalah mustahil baginya untuk mengetahui penciptaan alam semesta kerana penemuan penciptaan alam semesta hanya dapat dibuktikan oleh para saintis selepas adanya kaedah teknologi yang maju beberapa tahun yang lalu.''
Kroner merujuk kepada surah Al anbiya ayat 30 yang bermaksud:
``Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?''
Dengan mengambil contoh ayat ini beliau mengatakan adalah mustahil pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, manusia mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai ilmu nuklear fizik ketika itu.
Dan ini menimbulkan persoalan kepada beliau bagaimana baginda mampu menyampaikan mesej al Quran yang mengandungi ilmu sebegitu berharga dengan tepat sekali.
Kita tengok kehidupan seharian kita. biasanya kalau kita terlupa ke terkejut ke, kita akan cakap Ya ALLAH tak pun Oh My God. tap puak atheist tak leh la gitu. Tukar kut. Oh My Darwin ke Oh My Scientific ke oh My World ke.haha.. ye la dah semua nak pakai logik akal je..haha
sekadarnya dari aku untuk pembaca aku amnya dan hadiah untuk sahabat aku khususnya..sekian..
sumber :
http://mindamedia.blogspot.com/2005/07/hidup-satu-kebetulan-atheist-menolak.html
http://friendlyatheist.com/2007/11/06/friendly-atheist-contest-8-atheist-haiku/
http://syafiqbudakthanawi.blogspot.com/2009/12/cikgu-tadika-yang-tak-percaya-wujudnya.html
wallahualam..
12 comments:
hehe.. tbaek laa dato'..
pas ni leh kupas mendalam ag sal nie..
assalamualaikum. berkunjung ke blog saudara. bagus untuk entri sebegini. sekurang-kurangnya kita dapat tahu apa yang sedang berlaku dan bergolak di dunia ini. pernah terbaca mengenai cerita ini sebelum ni. fahaman atheist dah lama bergiat di negara barat. mungkin sedang menyusup masuk ke negara ini perlahan-lahan dan mungkin sudah mulai selesa menapak di negara ini. banyak sangat dakyah yang dicanangkan. propaganda dan prejudis. dan yang paling malangnya cuba menjatuhkan agama suci kita Islam. sama-samalah kita berpesan pada kebaikan. insyaAllah. sekiranya sudi, singgahlah ke blog saya yang tak seberapa. wassalam.
waalaikumussalam..saya hanya mengupas.mungkin saudara boleh kupas juga kat blog saudara. sy x sehebat saudara.huhu
Szi :Tu la..x pakar sangat..
Cikgu Tiada Otak!
Ada seorang guru baru bertugas di sebuah sekolah swasta. Dia adalah seorang Atheist. Selepas waktu sekolah, datang seorang pelajar berjumpa guru tersebut.
Pelajar: Cikgu, boleh terangkan secara ringkas kenapa cikgu menjadi Atheist?
Guru: Sudah tentu.
Guru tersebut mengosongkan mejanya dan meletakkan sebatang pen di atas meja tersebut.
Guru : Kamu nampak tak pen ni?
Pelajar : Nampak cikgu.
Guru : Pen ada kan.
Pelajar : Ada cikgu.
Secara senyap-senyap guru tadi memasukkan pen tersebut ke dalam poketnya, kemudian bertanya lagi..
Guru : Sekarang kamu nampak tak pen?
Pelajar : Tak nampak cikgu.
Guru : Pen ada tak?
Pelajar : Tiada cikgu.
Guru : Ok sekarang, kamu nampak tuhan tak?
Pelajar : Tak nampak cikgu.
Guru : Tuhan ada tak?
Pelajar : Er.. Tiada cikgu.
"Sebab itulah saya menjadi Atheist" jelas guru itu tadi. Pelajar tersebut berfikir sejenak dan dia pun bertanya kepada gurunya:
Pelajar: Cikgu ada otak tak?
Guru: Ada
Pelajar: Tetapi saya tak nampak pun otak cikgu. Maka cikgu tiada otak!
Pelajar tersebut tersenyum sinis seolah-olah telah berjaya mengalahkan logik gurunya itu.
"Saya ada otak" jawab guru itu sekali lagi.
Dia mengeluarkan beberapa keping salinan fMRI (scanner otak), CT scan, dan PET brain scan miliknya dari laci meja tulis.
Guru: Nah, ini adalah bukti saya mempunyai otak. Sekarang berikan saya bukti yang jelas, kukuh, dan konkrit sama seperti salinan-salinan ini bahawa tuhan itu wujud!
Pelajar: Er.... Takpelah cikgu. Maafkan saya. Saya kena pulang dulu untuk menolong mak saya masak. Bye! (sambil tergesa-gesa beredar dari situ)
tiba_tiba... seorang murid menganmgkat tangan dan berkata "Ohh saya dah faham cikgu!!"
Cikgu tadi pun dengan gembiranya merasakan telah berjaya mematahkan hujah anak muridnya. Dengan megahnya berkata "Bagus!! nah sekarang kamu beritahu kawan-kawan kamu apa yang kamu faham"
Murid itu pun dengan selamba berkata "Sepertimana otak cikgu, walaupun ia tak nampak dengan mata kasar, tetapi ia tetap ada! Jadi setiap perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar tidak semestinya tidak ada. Jadi walaupun Allah tidak dilihat dengan mata kasar, Dia tetap ada!"
Cikgu tadi pun tercengang mendengar anak muridnya membuat kesimpulan yang panjang lebar. Maka cikgu tersebut sedar bahawa selama ini dia telah ditipu oleh boyfriend Indianya yang atheis itu..
Sambungan...
Pelajar : la..patutlah....
Guru : kenapa?
Pelajar : otak cikgu sekeping kertas sahaja
Guru : kan saya da buktikan, melalui mri itu bahawa saya mempunyai otak...
Pelajar : cikgu hanya membuktikan kewujudan otak cikgu sahaja, tapi cikgu tidak dapat melihat otak cikgu secara jelas dan nyata..seperti mane bukti wujudnya tuhan dibuktikan sekeliling kita...
Canada Goose Mens
Canada Goose Womens
Moncler Vest
Moncler Coats
Moncler Jacket Sale
Moncler On Sale
Canada Goose Parka
Canada Goose Kensington Parka
Canada Goose Coats
Canada Goose Trillium Parka
Uggs On Sale
Ugg Sale
Ugg Boots On Sale
thank you for joining us. his article is very helpful
Obat Maag Alami
Obat Keputihan Alami
Cara Mengobati Hematuria
Obat Penambah Berat Badan
Cara Mengobati Penyakit Kista
Cara Mengobati Sesak Napas Alami
Cara Mengobati Penyakit Gagal Jantung
Thank you for sharing an interesting and very useful article. And let me share an article about health here I believe this is useful. Thank you :)
Cara Jitu Menurunkan Kolesterol Tinggi
Cara Mengobati Varikokel dengan Herbal
Obat Herbal Sakit Kepala Menahun
Cara Memulihkan Tulang yang Retak
Penyebab Nyeri Dada Seperti Ditusuk-tusuk
Penyebab Kulit Melepuh dan Berair
I hope the information we share is useful and can be the best solution to cure your illness ... amen
Obat Luka Diabetes Ampuh
Obat Batuk Rejan
Obat Lemak Darah Tinggi Alami
Obat Nyeri Punggung Tradisional
Herbal Solusi Sehat
Thank you for joining us. his article is very helpful
Obat Darah Tinggi Dan Kejang
Walatra Bersih Wanita
Obat Herbal Odinofagia
Cara Mengatasi Cedera Kepala
Obat Gusi Bengkak Dan Bernanah
christian louboutin shoes
cat boots
coach outlet
supreme new york
yeezy
jordan shoes
curry 4
golden goose sneakers
hermes handbags
nfl jerseys
Post a Comment