PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, January 24, 2010

Woi PENAKUT!!!!!

Wei ko ni PENAKUT!! ko ni BACUL!! ko ni SKEMA TERLEBIH!!..ops sori andai terkasar. kata2 ni aku tujukan khas kepada mahasiswa yang masih belum bangun dari keselesaan diri masing2. Aku pun bukan hebat sangat. Tapi cuba belajar mempunyai prinsip dan ideologi sendiri (perkh..bukan main.huhu)

Mungkin sahabat2 rasa orang macam aku ni layak ke sembang macam ni? aku ni pun sedar hal ni waktu aku dah tahun 3. Kena pulak membaca buku POTRET PERJUANGAN MAHASISWA karya ust Ridhwan Md Noor. Time baca tu memang berapi la rase.huhu. mana taknya betapa hebatnye mobilasi mahasiswa time tu sehinggakan kerajaan pun takut dan hormat dengan pandangan mahasiswa. Bukan setakat masalah kampus. malah masalah kemiskinan tegar masyarakat di ceruk2 kampung juga di perjuangkan. Bukan setakat kampung. masalah antarabangsa juga diperjuangkan..



Tapi kini?? mahasiswa LESU!! mahasiswa PONDAN!! mahasiswa MANDOM!! semua ada. macam2 gelaran yang kita dapat sekarang ni.tahniah untuk kita.haha.. memang betoi pun semua tu. tugas kita masuk univ ni just untuk belajar je. takde pun fikir masalah masyarakat kat luar sana. tak kembali berkhidmat pun. setakat buat OPKIM time weekend pastu dah tak contact dah orang kampung tu. berkhidmat ke namanye tu??

Kembali kepada persekitaran UKM ni. berapa kerat mahasiswa yang ada ideologi sendiri? kebanyakannya semua mengikut semua sistem yang telah ditetapkan. Bukan nak kata ideologi mahasiswa ni sentiasa menongkah arus pentadbiran. tapi aku rasa ape yang tak selari dengan kebajikan mahasiswa kita perlu perjuangkan..sebagai contoh tentang SPKG seperti yang aku dah ulas sebelum ni. memang bagus cuma pelaksanaannya perlu lebih mesra mahasiswa je..


Berlegar pulak kepada isu pelajar tahun 1. berlaku kes ugutan. Berlaku kes doktrinisasi.Berlaku kes pembasuhan(pengotoran). Didalam ruang lingkup aku sebagai pelajar tahun 3 aku ingin lontarkan persoalan kepada tahun 1 dan 2. Kenapa perlu takut istilah buang kolej? adakah anda seorang PENAKUT? adakah anda seorang BACUL? hingga sanggup mengetepikan pilihan pemimpin yang baik dan memperjuangkan ideologi mahasiswa?. sejak aku 1st year lagi bunyi2 ni sangat biasa kedengaran terutama time PRK. Tapi aku rasa bukan isu besar sebenarnya. Kita tengok tahun lepas kolej aku banyak kerusi undinye memihak kepada GMUKM. Tapi semua stay je. Aku ni siap jadi agen calon lagi. Aman je duk sini. Seorang senior aku. Calon kat FSSK. siap dapat anugerah khas felo lagi. SO???

Tapi mungkin ada kolej yang terlampau extreme dalam hal macam ni. Tapi tu kes terpencil je. Tapi yang aku paling tak boleh blah Kolej Pendeta Zaaba. Boleh pulak dia ugut nak buang kolej. adui..Kolej yang tak banyak fan pun nak buat macam tu jugak ke??huhu. mende la diorang ni. Malam rabu lepas JAKSA panggil budak 1st year. Dengarnye alasan nak bagi taklimat tentang kes kecurian. So yang geng2 GM 2nd n 3rd year ni nak la masuk nak pastikan. Tapi diorang tak bagi pulak. Alasannye taklimat tu untuk 1st year je..hahaha..lawak2..pencuri memang pilih budak 1st year je ke?? ke ni kes nak mencuri UNDI.huhu.. entah la diorang ni. tak memberi peluang kepada mahasiswa tahun 1 untuk berpendirian sendiri langsung. Kesian dak2 1st year ni yang dimomokkan dengan benda2 macam ni.

So, aku mengharapkan mahasiswa yang masih selesa kat bilik masing2 tu sedarlah sekarang masa untuk berubah. Pilih lah pemimpin yang MAMPU meningkatkan aura mahasiswa dalam pandangan masyarakat umum. Ingat lah UKM ni bermula dengan idea dan usaha masyarakat. So sememangnya UKM milik masyarakat dan kita juga perlu kembali kepada masyarakat untuk menyuarakan harapan RAKYAT. Jadi la Mahasiswa yang mampu MENGGUGAT!!
BERSATU BERUBAH!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang