PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, January 3, 2010

Pemimpin itu..aku sokong...

Aku baru je sampai bilik aku ni..lame tak update..huhu.Dikesempatan ini aku nak la update.hehe.malam ni ingat nak balik rumah yang jap. Abah aku dah kol banyak kali dah. Tanya bila anak tersayang dia ni nak datang rumah yang.haha.. So aku sebagai anak mithali akn bergerak la ke cheras malam ni ataupun pagi esok. Tengok la keadaan dulu. Macam letih la pulak berprogram di hotel..haha

Program apa yang aku pergi ni? Aku pergi ke Bengkel Calon Majlis Perwakilan Pelajar UKM. Aku akan bertanding ke nanti untuk PRK tahun ni?? itu kita tunggu dan saksikan.hehe. Banyak juga input yang aku dapat masa program tu. Tapi yang aku tertarik adalh persoalan yang dijadikan tajuk ketika slot English Communication sebelum N.C merasmikan Program.Persoalannya "Why I want to be a student leader??"

Kenapa aku nak jadi pemimpin pelajar??

Kenapa ek? Jawapan yang mudah je sebenarnya..sebab aku dilahirkan sebagai PEMIMPIN.haha..Bongkak je ayat nye kan. Tapi sememang nye itu hakikat kita sebagai manusia. Sememangnya semua kita dilahirkan sebagai pemimpin. Seperti mana hadith ni cakap..

“Setiap kamu adalah pemimpin. Dan setiap dari kamu akan dipersoalkan tentang mereka yang dia pimpin.”


Ni pulak ayat al-quran..

'Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)


So dah jelas la kan yang semua kita adalah pemimpin..Persoalannya pemimpin yang macam mane
kita nak sebagai pemimpin? Adakah yang hanya mampu memimpin kita untuk mencapai kejayaan di dunia semata2 ataupun memimpin kearah kejayaan di dunia dan di akhirat? Mengikut ayat 30 surah al baqarah jelas menunjukkan yang ALLAH telah memberi kepercayaan kepada manusia untuk mentadbir dunia. Bukan manusia ditugaskan untuk merosakkan kehidupan dunia dan yang paling penting mentadbir dunia dengan menyebabkan kehancuran di akhirat kelak. Pemimpin yang baik adalah yang menjaga kedua2nya dan mencontohi kepimpinan Rasulullah yang senantiasa berpegang dengan Agama Islam secara menyeluruh.

Jadinya aku menyeru sahabat2 sekalian agar menjadi pemimpin yang berfikiran menjurus kepada islam. Gunakan kuasa yang ade pada anda untuk keagungan islam. Bagi orang yang akan memilih pemimpin. Pilihlah pemimpin yang sebenar2 pemimpin. Tak kira dari mana dia datang. Andai sahabat2 rase die yang terbaik untuk islam.silakan..

Bagi student UKM pulak. Pilihanraya Kampus dah dekat sangat. So masa untuk memilih pemimpin yang terbaik dah tiba. Bagi aku, aku tetap bersama GMUKM. Bagi sahabat2 terpulang kepada sahabat2. Andai rase Aspirasi baik.silakan.. Tapi bagi aku. Aku tak nampak sangat kebaikannye..huhu..

Terima kasih jugak delegasi GMUKM yamg menyambut semua peserta kat Pusanika tadi. Tq sangat2.. Terharu la pulak..huhu. Setakat ni je coretan aku.


wallahualam..

5 comments:

sUtErA said...

yes... fight 4 ur right... sm0ge kmenangn kali ni bpihak kpd yg menegakkn agame Allah (nampak api semangat klua drpd badan zul) xde gambar... kah??

Zulgeologist said...

xde lagi..nanti2 la..kamera tertinggal pulak kat bilik timr nak pergi.huhu.. Moga andai kemenangan dikecapi nnt tidak dipersiakan tanpa diisi denagn nur islam..

zigaki asrar said...

yezza!

nurul asma mazlan said...

bersemangat je jasad ini apabila membaca n3 awak. BERSAMA MENEGAKKAN SYI'AR ISLAM.

gee... awak nampak api semangat keluar dr badan zul? ajaib tu. saya pula nampak awak menaip comment ni sambil mengepal-ngepal tangan :-)

Zulgeologist said...

Hehe..Semoga semangat tu meresap kat semua jiwa2 islam kat UKM ni..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang