Hari ni memang terasa best menjadi promoter. Entah kenapa pun aku tak tau. Seronok pulak jumpa student UKM yang macam2 ragam. Tapi aku bukan jadi promoter untuk menjual. Tapi nak bagi barang free dari GMUKM je pun. Tu yang senang tu.hehe.
Aku mula berkhidmat sekitar pukul 12.30 sebab ade kelas sebelum tu. Sampai la zohor aku berkhidmat. Pastu berhenti solat jap. Lepas solat ada baki dalam 15minit sebelum lab bermula. Alamak sempat ke lagi? aku pun terus melaksankan misi menjadi promoter.hehe.. yang best tu siap jadi wartawan untuk menemubual student lagi..Best2!!hehe
Aku punya lab habis awl pulak hari ni. So aku pun terus bergerak ke pusanika balik. Orang dah lengang tapi ruang dan peluang untuk aku masih ada.haha. So aku pun meneruskan misi. Sempat la menackle awek dari pelbagai kaum..haha
Dalam aku bagi kalender percuma sempat juga aku borak2 dengan student UKM. memula aku borak dengan 2 orang amoi yang agak cun.hehe. Aku tanye diorang tentang pendapat tentang GMUKM.jawapan ringkas yang aku dapat.."ok lol"..hehe.. Jadi la..bukan senang nak sembang ngan diorang. hehe.
Sebelum aku pergi lab kan aku sempat jadi wartawan. So aku tanya kat seorang pengunjung tentang pandangan dia tentang cara GMUKM kali ni. Memang dapat reaksi positif. Aku sambung lagi tanya. Apa harapan dia untuk GMUKM lepas ni. Dia cakap jangan putus asa berjuang untuk mahasiswa.. Caya lah. Memang terbaek jawapan2 dia. yang aku cerita ni ringkasan je. Nanti korang boleh tengok kat TV GMUKM bila dah upload video tu ek..huhu
Petang pulak aku tengok ada amoi 3 orang duk kat kafe pusanika. cun siot.haha. Aku pun join le sambil mengedar kalender kat diorang. Borak punya borak rupanya diorang ni adalah petugas dar KTHO yang jaga event tadi. Sempat juga aku bagi kuiZ kat diorang.HUHU. GMUKM stand for what?? tanye aku dalam bahasa inggeris muet band 6.haha. Yang dari terengganu tu gagal jawab. Tapi yang dari Sarawak tu dapat jawab dengan tepat.hehe. siap cakap soalan tu senang sangat.cet..huhu. Soalan kuiz yang berikutnya. Siapa yang mengangotai GMUKM?? Malay je ke? ke ade banyak kaum?? Kali ni yang dari terengganu tak melepaskan peluang dengan menyatakan semua kaum ada sambil disambung oleh amoi yang berasal dari Perak negeri bergolak.haha Ada lagi sembang2 repekan aku dengan diorang. Biar la jadi rahsia antara kami.haha..
Pukul 6 pulak ada buat speech corner kat tepi FPI. Ramai giler yang turun. Tak sangka aku. Memang betoi la GMUKM dah dapat tempat di hati student. Peg Keselamatan pun ramai juga turun. Tapi yang menariknya lepas habis tu aku ada sembang dengan seorang peg keselamatan. Dia pesan kat aku kalau nak buat lagi buat betul2. Jemput semua bangsa. Tadi pun ada juga. tapi sikit je katanya. Tambahkan lagi. Dia cakap dia pun sebelahkan mahasiswa. Tapi just sebab jalankan tugas kan. so tengok je la. Siap suruh aku ingat nama dia pulak. En Nazlil kut nama dia. Tak ingat lak aku.. Sori uncle..hehe
Secara keseluruhannya hari ni aku puas la.. Macam2 pengalamn yang aku dapat. Terasa seronok pulak.hehe..so sahabat2 lain. Ape lagi?? jom seronok2 bersama aku.hehe
BERSATU BERUBAH..
Aku adalah kamu, Kamu adalah aku, Yang perlu mencontohi Baginda dan yang pasti akan kembali menemuiNYA...
PENGUMUMAN!!!
1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..
3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.
Blog aku ni ossem ke tak ossem??
My top 10 entry
- Taubat?? Enjoy dulu...
- Ibrah dari labour room
- Airmata untuk Geologist
- KISAH 3 TETAMU RUMAH AKU. (AWAS!. kisah menyayat hati)
- Study sampai muntah??
- Oh Yeah!! Hulu Selangor
- NOTA UNTUK YANG BERGELAR STUDENT
- BACA KISAH INI. KEMUDIAN KAMU AKAN MENGERTI BETAPA MAHA ADILNYA ALLAH SWT.
- Isteri Curang
- Ada apa dengan geology?
Thursday, January 7, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
terbaik la gmukm!!
insyaALLAH kmenangan milik kita..
ameen..
INSYAALLAH...
Insyallah..kalo niat ikhlas sumenye okaaay
insyaALLAH..semoga kite tergolong dalam golongan mukhlisin..
Post a Comment