KOTA KINABALU: Semua pihak diingat tidak memperlekehkan keupayaan mahasiswa termasuk mengeluarkan kenyataan menyindir golongan itu, bagi mengelak mereka menjauhkan diri daripada pihak universiti selain boleh merosakkan imej kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pentadbiran Perdana Menteri lebih terbuka kepada suara rakyat termasuk mendengar pandangan mahasiswa.
Katanya, Kementerian Pengajian Tinggi turut menggalakkan mahasiswa bersuara mengikut saluran sesuai dan mengiktiraf cadangan mereka menghidupkan semula Sudut Pidato serta Parlimen mahasiswa
“Tindakan seperti itu perlu dihentikan kerana kita tidak mahu mahasiswa berasa dikongkong, diperkecilkan atau dianggap seperti budak kecil sedangkan mereka sudah dewasa, malah ada yang sudah layak mengundi.
“Kita perlu menghormati dan mengiktiraf suara mereka. Jika mahu mahasiswa terus melangkah ke depan, hentikan sindiran atau suara memperlekehkan mereka kerana kesannya tidak baik terhadap golongan ini. Kita akan menegur pensyarah yang dikenal pasti merendahkan pandangan mahasiswa,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Wacana Ilmu dengan pelajar Kolej Yayasan Sabah (KPY) di Yayasan Sabah, Menara Tun Mustapha, di sini, semalam. Turut hadir, Ketua Eksekutif KYS, Dayang Aminah Ali.
Beliau mengakui ada mahasiswa berbeza pandangan dengan kerajaan atau universiti, namun menjadi tanggungjawab pendidik membetulkan keadaan.
Katanya, tidak ada salahnya jika pandangan mahasiswa berbeza kerana universiti adalah tempat mengeluarkan idea bernas dengan syarat secara berhemah.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin berkata, kementerian akan memilih tiga daripada 32 politeknik di seluruh negara untuk dinaik taraf sebagai politeknik perdana tahun ini.
“Menteri akan mengumumkan tiga politeknik yang terpilih dan kita dalam proses akhir membuat pemilihan. Kerajaan berpendapat sudah sampai masanya politeknik ditingkatkan kepada politeknik perdana sejajar usianya yang menjangkau 40 tahun,” katanya.
komen aku : Terima kasih kepada KPT. macam ni la kita nak.memberi kebebasan kepada mahasiswa walaupun berlainan ideologi.. Sedangkn KPT pun dah bagi green light. So ape pulak kat HEP?? kita nantikan..
sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20100118234243/Article/index_html
No comments:
Post a Comment