
Semua ahli-ahli keluarga saya termasuk saudara-mara dan juga rakan-rakan Cina saya yang lain amat menggeruni PAS sebab pada masa itu kami berpendapat bahawa PAS ialah parti yang amat merbahaya sebab PAS tidak peduli dengan kaum lain dan mempunyai fikiran yang sempit.
Tetapi semua itu telah berubah pada Pilihanraya Umum tahun 2008 oleh kerana kami sudah muak dengan gejala rasuah dalam BN dan oleh itu walaupun DAP bekerjasama dengan PAS dan PKR, kami telah mengundi DAP.
Selepas Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak, kami mendengar berita bahawa beliau amat rajin dan berusaha membantu semua kaum dan golongan masyarakat yang miskin tanpa mengira bangsa dan ugama. Beliau juga seorang yang telus, ikhlas dan berwibawa. Ini serba sedikit telah mengubah fikiran kami terhadap PAS.
Tetapi pada Februari 2009, apabila BN merampas kuasa di Perak, kami telah 100% menyokong PAS sebab kami telah melihat dengan amat jelas bahawa yang fanatik dan yang gilakan kuasa ialah BN.
Dan pada Januari tahun ini pula, sekali lagi BN telah menunjukkan belangnya. Kali ini melibatkan soal ugama pula dimana 2 sepupu orang kuat UMNO telah membuat kenyataan bahawa mereka tidak boleh menghalang orang Islam yang hendak mengadakan protes tentang keputusan mahkamah membenarkan akhbar Katolik Herald menggunakan perkataan Allah dalam seksyen Bahasa Malaysianya.
Manakala pemimpin-pemimpin PAS pula seperti Tuan Guru Nik Aziz, Salahuddin Ayub, Khalid Samad dan Dr. Dzulkefly Ahmad telah mengutuk dengan sekeras-kerasnya pembakaran gereja Metro Tabernacle dan serangan keatas gereja-gereja yang lain. Selepas ini, 2 sepupu dari UMNO ini cuba pula buat ‘damage control’. Tetapi saya yakin orangramai tidak lagi mempercayai dengan lakonan sandiwara mereka yang bodoh itu.
Akhirkata, sebagai seorang yang berugama Katolik saya ingin juga menyatakan bahawa saya rasa amat terharu dengan sokongan yang diberi oleh PAS dalam hal ini. Masa telah tiba. Saya menggesa rakyat untuk membuka mata mereka. Bukan sahaja PAS For All tetapi PAS All The Way.
14hb Jan 2010
komen aku : MasyaALLAH.aku memang tak sangka sampai macam ni penerimaan diorang terhadap sebuah PARTI ISLAM. memang betoi la yang Pegangan akidah je yang boleh menyatukan semua kaum..ingat..Islam lah penyelesaian segala masalah.. Dari segi pentadbiran sehingga lah tentang perkauman. Teringat aku dengar pengisian baru ni. Ketika sape ek..Abu jahal kut (kalau salah tlg betulkan) mintak Nabi Muhammad saw stop nak bawak Islam. Nabi Muhammad saw setuju tapi dengan syarat sediakan 1 formula untuk menyatukan orang arab dan bukan arab. pastu geng2 kafir ni bincang lah macam2 cara. Bila dibentang kat Nabi Muhammad saw baginda cakap takde formula lain selain Islam. Jadi ingatlah dengan islam je yang boleh menyelesaikan segalanya. Aku menyeru semua insan yang membawa islam jangan lemah semangat walau ada cabaran yang banyak mendatang. kerana sesungguhnya jalan itu susah. seruan ni bukan untuk Pas sahaja. Tapi untuk semua gerakan islam di dunia ni. Walaupun korang berbeza medan namun hakikatnya tetap menuju objektif yang sama..
wallahualam..
sumber :http://www.ibnuhasyim.com/2010/01/bukan-pas-for-all-tetapi-pas-all-way.html
3 comments:
emmmmm..... its true????
true lah..huhu
show me your bukti?
Post a Comment