PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, January 6, 2010

Jom Bertaubat..

Tadi aku berjalan2 di blog teman seperjuangan..Tertarik dengan kisah kat blog sahabat aku Abu Khuzaifah (klik disini). Aku pun copy paste la selepas mendapat kebenaran dari yang tuan punya blog..jom baca...

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya, "Apa yang engkau bawa itu?"


Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar (arak). Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu.


Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu. Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Selepas memeriksa kendi itu, Kahlifah berkata, "Betul, kendi ini berisikan madu."


Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.


Allah Taala berfirman, " Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'.

Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah, "Darah bercampur nanah orang ahli neraka


Komen aku : Semua orang tak lari dari melakukan kesilapan. Dosa dan kesalahan dalam tindakan adalah perkara biasa untuk insan biasa macam kita ni. Tapi langkah setelah melakukan dosa itu yang penting. Kita bertaubat sebenar2 taubat. Aku sendiri akui yang aku bukanya baik sangat. Tapi hanya seorang yang ingin menjadi lebih baik. So aku tau sahabat2 lebih baik dari aku. tapi kita teap kena berubah menjadi lebig baik. Andai masih ada kesalahan yang dilakukan bertaubatlah kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka..

wallahualam...

2 comments:

FA said...

insyaAllah...niat itu penting.:D

Zulgeologist said...

betoi2..moga niat tetap kerananya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang