PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Sunday, January 17, 2010

Semoga mak cepat sembuh..

Alhamdulillah..aku baru je sampai bilik. Malam semalam aku pergi rumah Yang aku kat Cheras. Sebab ape?? sebabnye sebelum subuh hari ni aku dah kena bergerak ke Melaka. Aku nak pergi mengubat mak aku secara tradisional. Mak aku ada batu karang dalam hempedu. Cuak juga aku bila dapat tau kelmarin. So tadi kami cuba ikhtiar ntuk mengelakkan pembedahan.Kami pergi 2 biji kereta. Mak, Abah n Kak Nyah naik kereta dengan Nyah. Aku, Dik Wai. Amirul n Zahirah naik kete Yang. Kami berkumpul kat r&r Seremban dalam pukul 6. lepas solat subuh kami sarapan dulu.lapar siot..

Adik aku yang nak bermanja ngan aku.haha

Selesai makan kami pun bergerak. Sampai kat rumah Haji tu dalam pukul 8 pagi. Bajet awal lagi tu. so ambil la no giliran.WOW!!!! no 72 dah..sekarang baru no 13.adui..lambat lagi la pulak..aku sempat sembang dengan sorang abang kat situ.. Rupanya seawal pukul 3 pagi dah ada orang tunggu. dahsyat gila.. Pengunjung pulak bukan dari Malaysia je. Singapore pun ada. ye la. ikhtiar.bayar pun ikut keihlasan hati. tentang kes Singaporean tu. isteri dia ade breast cancer. Alhamdulillah menjadi. So mengikut keikhlasan hati dia, dia bagi Toyota Wish sebijik!!.. pergh.. dahsyat giler.. dari Arab pun ada gak. Kira dah sampai internasional la..

Jemput datang juga ye..


rileks mak.jangan nervous sangat..

Tunggu punya tunggu ada uncle tu ada no lebih. No 38. Alhamdulillah. Dapat la balik awal. Bila sampai giliran Mak aku, Abah aku pun join gak berubat. Sebab abah pun ada batu karang. tapi kat pinggang je. Tak sebahaya mak.. berubat bukan lama pun. Tak sampai 5 minit pun. Kejap je Abah n Mak masuk. Dah keluar pun. Sebelum naik kereta balik aku sempat tengok batu karang diorang. mak ada 2 biji. Abah ada sebiji. sampai sekrang aku macam tak dapat bayang macam mana Haji tu dapat keluarkan batu karang ni. bila fikir batu ni ada dalam hempedu mak aku. meremang juga bulu roma aku. besar tu..


Abah n mak yang sabar menanti

Cuak pulak aku tengok

Sebelum balik sempat kami singgah makan kat Alor Gajah.. layan juga la ikan patin dia..hehe

Tak beli kat kedai ni pun.hehe



Amboi..bahagia nampak..

Lepas ni mak kena scan dulu. Tengok ada lagi tak. kalau ada lagi kena datang lagi nanti la nampaknya.. Tapi aku bersyukur sangat ALLAH swt pertemukan kami dengan Haji tu. Tapi barang diingat segala tu hanya ikhtiar je. Bukan haji tu punya kuasa,. Dengan izin ALLAH moga2 mak aku cepat sembuh. Takde la sakit2 seluruh badan lagi. Aku memohon sahabat2 mendoakan kesihatan Mak aku. semoga mak cepat sembuh..insyaALLAH..

wallahualam..

12 comments:

saypOOL rafhtello said...

benda tu semua hanya asbab..

Murtadza Mokhtar said...

Ya, mudah-mudahan cepat 'siar' - bak kata org Kelate. Amiin.

Dato' Dr Ahmad said...

saypool : betoi tu..asbab je..

josh : tq sgt2..

fatien adibah said...

insyaAllah dipermudahkan segalanya~~

fadzlin hasani said...

adik hg tu mcm minat kat aku ja

Dato' Dr Ahmad said...

bangang..die nak lelaki bertaqwa je..huhu

szi said...

jap,tnye sat.. adik tu, 'shuwai' ke?

Dato' Dr Ahmad said...

yup..tepat!!

princess said...

jauhhnye brubat..xpe,ikhtiar r 2..
kt perak pn ade sorg pkcik ni aka paksu klu xslp. umahnye kt besaut..=)
-mga cpt sembuh...

Dato' Dr Ahmad said...

tu la..hanya berikhtiar..

Anonymous said...

zul kat mane tempat pak haji ni?mane tau boleh juga akak bawakkan ikhtiar ini utk keluarga akak.

Dato' Dr Ahmad said...

kat melaka kak..nak tau detailed nnt kol sy ye...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang