Perkataan ni yang terngiang2 kat aku selepas dengar 1 pengisian semalam..Pe maksud kazabta ni ek? Maksud die engkau penipu!!
Apa kisah disebalik perkataan ni??
Kisah ini mengisahkan tentang seorang yang berjuang di medan juang bersama umat islam. Dalam pertempuran tu dia mati syaheed(???). Bila dia berjumpa Allah swt untuk memohon Syurga dia cakap
Ya Tuhanku aku adalah syuhada. Aku berperang kerana mu dan aku mati dibunuh oleh musuh. Allah swt menjawab KAZZABTA!! KAZZABTA!! KAZZABTA!!(engkau berbohong!! engkau berbohong!! engkau berbohong!! ) engkau bukan berperang keranaku tapi kerana keperluan lain..
Dan dimana tempat pejuang yang sepatutnya mati syaheed itu akhirnya??lu fikir la sendiri..huhu
kat atas ni 1 contoh kecil dalam perihal ikhlas dalam bergerakkerja untuk islam. Perkara ikhlas ini sangat susah nak kita lihat. Tapi kita tersangat2 perlu mengikhlaskan diri hanya kerana ALLAH. Amalan dengan keikhlasan sahajalah yang mampu menjadi bukti kita nak tunjuk di hadapan ALLAH swt kelak.
Kita tengok betapa nilai keikhlasan sangat ditekankan oleh para sahabat dahulu.
ketika hadrat Ali RA hampir ingin membunuh seorang musuh dalam peperangan. Musuh itu membuatkan Ali marah (tak silap aku meludah). Tiba2 Saidina Ali melepaskan lelaki tersebut. Lelaki tu bertanya kenapa lepaskan dia. Saidina Ali menjawab kerana sebelum ini aku ingin membunuhmu kerana ALLAH swt tapi sekarang aku marah dengan mu. Jika aku bunuh sekarang bukanlah aku membunuhmu kerana ALLAH..
pergh..dasat kan? memang menjaga betoi niat asal. kaalu kita ni.. Mau ditetak2 mamat yang kuang hajar tu.huhu. So kat sini dah menunjukkan betapa pentingnua keikhlasan dalam melakukan sesuatu amal hanya kerana ALLAH.tak guna kita duk sibuk berjuang sana sini, bersyarah sana sini, mengaji sana sini andai hati masih belum bulat hanya kerananya..

Aku menyeru aku dan sahabat2 agar bersama2 perbetulkan niat dalam bergerak kerja untuk islam. Ikhlaskan hati hanya kerananya. jangan sesekali timbul rasa ingin bangga diri, rasa ingin disanjung, rasa ingin nama disebut kerana semua itu hanya mengundang kemurkaanya..
wallahualam..
7 comments:
btol tuu..semua perkara baik kena niat kerana Allah swt...insyaAllah kita semua istiqamah..
nice entry!!:D
tq adik..hehe..semoga Allah tetapkan hati :)
salam, saya nak tegur sikit blh? bukan kazabta tetapi kazzabta. tashdidkan huruf "dzal". baru betul.
pape pun kita MESTI lah berjuang demi Allah dan Islam.
owh..tq sgt2..maklum la..x arif..hehe..tq2..
ramai juge org yg mengaku berjuang, tp suke menabur fitnah...sanggup buat ap saje nk menjatuhkan org lain.penat...sedih...
Andai yang nak dijatuhkan itu adalah orang yg nak meruntuhkan islam di bolehkan bermuslihat..di ingatkan muslihat bukannya fitnah. Kerana peperangan itu adalah tipu muslihat..
Jabir Ibnu Abdillah r.a berkata:” Nabi SAW bersabda:”Peperangan itu adalah tipu muslihat.”
(Bukhari dan Muslim)
yeezy boost
fila shoes
kobe shoes
off white
kd shoes
yeezy boost 350 v2
air max 2019
golden goose outlet
nike air max
golden goose
Post a Comment