Isu yg member aku tu iaitu m.anip utarakan ialah pemain2 KBH sume nye pakai tutup aurat. Mmg salut la kat diorg. Sume pemain die pakai suar tight. So takde yg mendedahkan peha yg huduh spt pemain2 lain.hahaha. Game tu berkesudahan ngan KBH tewas penalti. Takpe2, walupun korg kalah,tp korg dah tunjukkan "islam is a way of life". Kredit aku berikan kat KBH. TAHNIAH!!. So jom kte pk, Nape la dak2 skang ni susah sgt nak tutup aurat ek? Nak kate amal da byk, rasenye tak kut..Nak kate kulit kite ni api neraka resistant?? Lu pk la sendiri.huhu. Dalam kehidupan hari2 aku kat UKM ni mmg kalu tak tgk aurat org len sehari mmg magik la.. Tak tau la nak wat cane. Ade je mamat n minah yg mendedahkan ape yg tak ptt d dedah.hmm..lemah toi iman aku.. Nak tegur pun kekadang tak terdaya.. Aku rase benda ni benda basic je pun. Kanak2 belum mumaiyiz pun paham kalu suh tutup aurat.haha.Aku ni pun bukan baik sgt. lagha je orgnye. Tp sekadar perkongsian. Aku bg la dalil2 sikit..
ni untuk aurat lelaki :
hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku;
أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ
“Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)
Pandangan ini merupakan pandangan jumhur ulamak.aurat lelaki ialah kawasan di antara pusat dan lutut. Jadi berdasarkan pandangan ini, paha adalah aurat dan wajib ditutup.
ni untuk pompuan :
1)dengan lelaki ajnabi(bukan muhrim)
hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Baihaqi
dari Saidatina ‘Aisyah yang menceritakan;
“Suatu hari Asma’ anak saidina Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w.. Kebetulan ketika itu ia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): “Wahai Asma’, seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja”, sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya”
(HR Imam Abu Daud).
firman ALLAH swt
Dan hendaklah mereka (yakni wanita-wanita beriman) melabuhkan tudung-tudung kepala mereka hingga ke dada-dada mereka”.
(an-Nur: 31)
so.gadis2..labuhkan lah tudungmu.tutup la selain daripada muka dan tangan..
2)Dengan muhrim dan pompuan muslim
“Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan….”. (31)
tidak diwajibkan wanita menutup badannya kecuali kawasan antara pusat dan lutut sahaja. Ini adalah pandangan jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’e dan Abu Hanifah). Jadi menurut jumhur ulamak; aurat seorang wanita di hadapan mahram-mahramnya hanya antara pusat dan lutut sahaja.
3) Dengan pompuan kafir
ade 3 pendapat
a) Menurut sebahagian ulamak (iaitu setengah ulamak mazhab Maliki dan Syafi’ie); aurat wanita Islam di hadapan wanita kafir ialah seluruh badan kecuali muka dan tangan sahaja, yakni sama seperti aurat wanita di hadapan lelaki ajnabi.
b) Menurut mazhab Hanafi, mazhab Syafi’ie (mengikut qaul yang muktamad) dan setengah ulamak mazhab Maliki; aurat seorang muslimah di hadapan wanita kafir ialah seluruh badannya kecuali bahagian yang terpaksa dizahirkan ketika bekerja kerana menjadi keperluan pada kebiasaannya untuk dizahirkan. Menurut Imam al-Qurtubi; ini merupakan pandangan kebanyakan ulamak Salaf dan menjadi pandangan Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan Ibnu Juraij.
c) Menurut sebahagian ulamak yang lain; sama seperti auratnya di hadapan wanita Islam tadi iaitu antara pusat dan lutut (mengikut pandangan jumhur ulamak). Pandangan ini merupakan mazhab Hanbali dan pegangan sebahagian ulamak mazhab Syafi’ie dan Maliki. Menurut Imam Fakhrurazi; inilah pandangan yang lebih mudah bagi manusia hari ini kerana hampir tidak mungkin untuk para muslimah hari ini berhijab tatkala berhadapan wanita-wanita zimmah..”

Kat atas ni la antara yg aku dpt. So kesimpulannya kepada sahabat2 jejaka yang kacak dan terutamanya gadis2 yg jelita jagalah perhiasan anda. Simpankan ia untuk pasangan anda kelak..baru layan n surprise!! hehe. Untuk bacaan lanjut. Boleh baca kat :
http://fiqh-am.blogspot.com/2009/07/aurat-lelaki.html
http://fiqh-am.blogspot.com/2009/07/aurat-wanita.html
wallahualam..
No comments:
Post a Comment