PENGUMUMAN!!!

1. Pembaca di jemput untuk copy n paste entry kat sini. Sangat alu2kan..Moga dpt kebaikan bersama. Mintak jasa baik untuk sertakan link aku gak.hehe

2.Aku mintak maaf jika ada kekhilafan dlm penulisan ak. Aku just cuba belajar2 memberi je..

3.Sebarang perbincangan lanjut boleg email kepada aku zulgeologist@gmail.com. Takupun add je tanya melalui facebook aku je.


Blog aku ni ossem ke tak ossem??

Wednesday, January 13, 2010

SPKG : Apa Kata Aku??


Semalam lepas isya' aku sempat meluangkan masa pergi ke Ceramah Umum tajuk SPKG : Apa kata mahasiswa??. memang menarik tajuk ini untuk dibincangkan.huhu.. Sesampai je aku kat sana aku tengok dah ramai orang yang menanti ahli panel dan aku rasa kebanyakannya menanti kehadiran Timbalan presiden PMUKM saudara Sarfarizmal kut.huhu. Setakat hafiz n Syafiq?? ape kelas..haha..

Jam dah dekat 9.30, Tapi ahli panel still belum sampai. Alaa..orang semakin resah nampaknya. Dah la pegawai keselamatan banyak menjaga semlam.huhu. Tapi bagi aku diorang ok je..diorang pun sokong je sebenarnya..Balik kepada ahli panel tadi. Takpe2 bagi chance diorang bersedia dulu. Bukan senang nak cakap isu camni.huhu

Semakin resah..

Yes!! sampai pun ahli panel je..bajet segak je masing2.huhu. hafiz n Syafiq dah sampai. persoalannye mane pulak Sarfa ni. cet.. Sembang kuat je..huhu.Lastly sampai gak orang yang sangat2 dinantikan. Siap pakai kurta lagi. macam ulamak pun ade.hehe.. Ok2..sekarang masa untuk naik pentas ye ahli2 panel sekalian..huhu. oit Sarfa kemane ko?meh2 naik sini..huhu
bangku nan sepi tanpa kelibatmu

Mula2 hafiz cakap. Dia bagi fakta la pulak. memang boring nak dengar.hehe. Tapi bagus la.at least cakap bukan hanya retorik semata2. terbaek la hafiz!!. Sekarang giliran Sarfa pulak.. Bila dijemput je naik ade suara2 yang memberi sokongan suh die naik. Dak2 aspirasi la tu.. Tapi dia tetap tak naik..cet dasar bual telor(bak kata noni semalam.hehe).Pastu M.C bagi ruang kat orang len.nak tau sape yang naik??pompuan je yang naik.Pompuan lagi beran dari die.haha..Naik pulak syafiq dengan pembukaan yang berapi2 dan pengakhiran yamg dramatis.huhu. caya la Syafiq!!

Pastu ade dibuka kepada penonton untuk bagi pandangan. Tapi sorang je.dah la tu seminit sorang je pulak tu.adui..tak syok langsung. pak Guard la suh stop awal sangat.skema betoi..aku dah bangun dah nak bagi pandangan. tapi ada abg ni yang nampak nak sangat cakap.siap tolak aku lagi(sikit je).takpe2 aku bagi laluan.besa la.hormat orang tua.hehe...Sebabkan aku tak sempat bagi semalam.so aku nak bagi pandangan kat blog aku la ek..baca je la..huhu

bagi aku SPKG ni amat lah baiknye. nampak juga keaktifan budak2 kolej aku ni. Buat program macam2. mesti sahabat2 tunggu tapinye kan??hehe..tapi bagi aku pelaksanaan dia yang perlu diperhalusi. Aku agak terkejut dengan pointer adik2 1st year aku yang aktif gile tapi pointer tak cecah 3. Tapi rasa ada masalah dalam key in markah kut. Entah la..Macam banyak je adik2 KIZ ni yang pointer teruk.Lagi 1 hal yang aku agak berat nak katakan. pada mulanya aku sendiri menyokong peratus yang lebih kat kolej sebab aku memang aktif kolej sejak 1st year. Tapi semalm lepas ceramah tu aku sembang dengan abg yang berebut dengan aku tu. Dia dak FUU/2 dan dah berumahtangga.dah veteren sangat. dia sangat2 nakkan pengecualian dari SPKG ni. dah banyak pengalaman kut. Dia cakap sepatutnya SPKG ni kena banyak markah kat Fak sebabnye program yang berkait dengan kos masing la yang akan dipandang oleh company. dia bawa contoh takkan la budak2 law kena paksa turun aktiviti menari kat kolej..Bukan jadi ajk tapi penonton je pun. ada meningkatkan soft skill ke gitu? abang tu kata la. aku ni tak berani sangat nak cakap sebab aku memang senang hati aktif kat kolej.hehe. lagi 1 kalau kita tengok macam kolej2 besar. Zaaba contohnye. macam tak sesuai je. bukannye felo kenal semua student. lain la KIZ yang aman damai ni.hehe..So bagi aku penambahbaikan dari banyak aspek perlu dilakukan. Biasa la benda awal2 ni. korang kena la jadi bahan experiment nye..haha

Bagi aku setakat nak aktif kolej ni. Tak payah SPKG pun xpe. Kalau hati tu nak. Aktif jugak. Budak2 3rd year kolej aku boleh je aktif sampai sekarang.Padahal kami takde pun SPKG. Come On 1st n 2nd year.huhu. Sekadarnye dari aku. Semoga ketelusan SPKG ni akan dititikberatkan dalam menjaga pelanggan2 UKM seperti kami(menurut abang semalam.hehe)

3 comments:

nurul asma mazlan said...

SPKG memang teruk. saya x sokong langsung.

Khairunnisa Alias said...

senior tahun 4 pun ade jugak aktif kolej..=D

Zulgeologist said...

asma : yeah!! agak mengongkong..

kak nisa : akak len..akak kan MEP.hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share link korang